Ceritera Ibu & Anak: TIPS

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

6 Jul 2015

BAHAYA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI | TIPS ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

BAHAYA DARAH TINGGI

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang dalam diam boleh mengakibatkan banyak komplikasi dan jugak kematian jika tidak dirawat. Kajian Kesihatan di Malaysia dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukkan peratus penyakit tekanan darah tinggi ini adalah sebanyak 32.3% dan boleh dianggap tinggi.





Penyakit tekanan darah tinggi ni terbahagi kepada dua jenis:
1. Tekanan Darah Tinggi Utama (Primary Hypertension) - tidak ada punca yang boleh dikaitkan dengan penyakit darah tinggi ini. Ia mungkin disebabkan keturunan sama ada ibu atau bapa ada darah tinggi. Jika demikian, peratusan anak untuk dapat penyakit ini juga lebih tinggi. Tapim kadangkala ada juga orang tidak ada keturunan penyakit darah tinggi ini turut mendapat penyakit ini. Nana cukup risau untuk kategori pertama ni.
2. Tekanan Darah Tinggi Sekunder (Secondary Hypertension) - ia berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mengidap tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, ia boleh membawa kepada risiko sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Kata orang, penyakit tiga serangkai. Nama cantik jer kan tiga serangkai tapi ia penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau dicegah. 

Masih Nana ingat sehingga kini walaupon dah hampir 23 tahun berlalu, arwah ayah meninggal sebab sakit darah tinggi pada usia 47 tahun. Memang orang kata dah ajal dia tapi puncanya dia ada darah tinggi. Dia kena strok tahap tiga dan meninggal pada hari yang sama. Sedih la pulak.
Contoh tahap tekanan darah

Kategori
Sistolik (no yang di atas)  
Diastolik (no yang di bawah)
 Normal
 bawah 120
 dan
 bawah 80
 Pre-hypertensi
 120 - 139
 atau
 80-90
 Hypertensi
 140 dan ke atas
 atau
 90 dan ke atas
 Hypertensi sistolik     
 160 dan ke atas
 dan
 bawah 90

Punca Tekanan Darah Tinggi


Tekanan darah tinggi berpunca dari beberapa sebab berikut:


  • Obesiti atau berat badan berlebihan
  • Berlebihan garam dalam makanan
  • Keturunan
  • Tekanan emosi berlebihan
  • Kurang aktiviti fizikal atau senaman
Komplikasi tekanan darah tinggi.

  • Penyempitan arteri yang disebabkan kandungan kolestrol yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri dan denyutan jantung menjadi tidak normal.
  • Tekanan darah tinggi jugak mungkin disebabkan masalah perubatan lain seperti steroid atau ubat anti radang, walaupon punca sebenar tidak diketahui. Penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak dapat dirawat tetapi ia mampu dicegah dan dikawal.
  • Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah kemudiannya mengalir ke otak. Apabila satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, ini akan mengakibatkan STROK.
  • Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan seperti kabur. Jika tidak dicegah pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan salur darah pecah atau berdarah yang boleh menyebabkan buta.
  • Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan salur darah ke buah pinggang menjadi sempit. Ini memaksa buah pinggang bekerja keras kerana ia bertindak sebagai penapis menyingkirkan bahan-bahan perkumuhan dari badan.
  • Serangan sakit jantung boleh berlaku apabila arteri yang bertindak menghantar oksigen ke jantung mengeras menyebabkan jantung tidak dapat cukup oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan jantung gagal mengepam darah yang secukupnya untuk keperluan tubuh kita.
Seram pulak baca komplikasi akibat tekanan darah tinggi ni kan. Macam Nana ni dikira ada keturunan darah tinggi dari arwah ayah, arwah nenek dan bapak sedara ada darah tinggi dan ketiga-tiga mereka semua diserang strok. 

Sebab itulah Nana perlu titik beratkan soal kesihatan. Memang kena hati-hati dan beringat sokmo terutama bab pemakanan sebabnya langkah-langkah pencegahan berikut boleh diamalkan untuk mengelak darah tinggi.
  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Mengawal stress atau tekanan emosi
  • Senaman yang tetap
  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Banyakkan makan sayuran dan buahan
Bagi anda yang mungkin ada tekanan darah tinggi dan ingin mengambil alternatif lain selain ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital atau klinik, boleh cuba amalkan ALOE VERA GEL dan ARTIC SEA.

Boleh KLIK DI SINI untuk baca kelebihan aloe vera gel dan KLIK DI SINI juga untuk tahu lebih lanjut tentang artic sea.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nana di 019-3088178
Forever Business Owner 
Baca Selanjutnya »

2 Jul 2015

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH SEMBELIT | TIPS SIHAT UNTUK ATASI SEMBELIT

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit adalah keadaan di mana kita sukar membuang air besar kerana kekerapan membuang air besar menjadi kurang. BIasanya kita akan sembelit bila tidak membuang selama 2 hari atau buang air besar kurang dari 3 kali seminggu.
Kesannya, najis menjadi keras atau berketul menjadikan kita sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis tersebut. Siapa yang pernah kena sembelit ni tau la macam mana kan? Mau "bercinta" kat bilik semata-mata nak melepaskan sisa buangan tu.


Seseorang yang mengidap sembelit akan merasa tidak puas buang air besar, perut menjadi buncit atau sering sakit perut. Sering kena sembelit boleh memberikan kesan yang kepada tubuh kita. 
Antaranya simpton atau kesannya seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan. Malah pada masa yang sama, badan menjadi lesu yang kronik, hilang selera makan, artritis, sakit kepala, malas, mengantuk dan pelbagai kesan lain pada tubuh kita yang secara tidak langsung menjejaskan keadaan kesihatan tubuh.

SIAPA YANG SERING KENA SEMBELIT?
Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Dari kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas. Malah sembelit jugak cukup sinonim dengan ibu-ibu mengandung atau ibu yang sedang berpantang. Hal ini cukup menyeksakan kerana Nana sendiri pernah kena sembelit semasa melahirkan anak pertama. Memang seksa tau!

KENALI PUNCA SEMBELIT



Sembelit adalah berpunca dari diri kita sendiri kerana sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar. Kita kadangkala mengambil sikap menahan diri untuk ke bilik air kerana ingin menyiapkan kerja atau terlalu sibuk. Lama kelamaan keadaa ini akan menjadi kebiasaan yang menjadi faktor utama kita tidak membuang air besar beberapa hari.

Kurang minum air kosong yang mencukupi dan makanan serat juga menjadi punca kepada sembelit. Kita semua tahu, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari air kosong yang wajib kita minum. Atau mengikut berat badan masing-masing di mana setiap berat 20kg memerlukan 1 liter air. bermakna kalo berat kita 60kg, kita perlu minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.

Selain itu, perokok tegar atau mereka yang mengalami tekanan emosi jugak mudah mengalami masalah sembelit. Jadi, berhenti la merokok. Lagipon merokok memang tidak elok malah membahayakan kesihatan. Hehehe.

Faktor lain yang menyebabkan sembelit adalah pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu. Jadi, kita kena sesuaikan badan kita dengan pengambilan ubat-ubatan ini atau herba supaya tidak sembelit.

KESAN SEMBELIT

Kekerapan sembelit menyebabkan badan kita SUKAR untuk nyahkan toksin dari badan. Keadaan ini akan menyebabkan badan tidak menyerap dengan baik segala nutrien atau khasiat dari pengambilan makanan seharian.
Toksin dalam aliran darah pulak akan membebankan organ hati dan menganggu proses detoksifikasi. Tu dia, istilahnya. Dalam bahasa yang mudah difahami, detoks ni ibarat kita mengeluarkan toksin dalam badan.
Najis yang mengeras akibat sembelit akan melekat di dinding usus besar dan menyebabkan ia tersumbat. Keadaan ini lagi parah kerana ia boleh menyebabkan kanser kolon atau kanser usus.

CARA ATASI SEMBELIT

Sembelit dapat di atasi dengan cara mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan makan lebih buah-buahan dan makanan berserat tinggi. Selain itu, minum air kosong yang mencukup jugak salah satu cara untuk mengelakkan sembelit.

Walau bagaimanapon, kita mungkin tidak mampu untuk makan buah-buahan atau makanan berserat setiap hari akibat kekangan masa. Di sinilah pengambilan supplement atau makanan tambahan memainkan peranan penting.

PATI ALOE VERA GEL boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah sembelit. Pengambilan gel aloe vera jugak membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Boleh baca DI SINI untuk mengetahui kelebihan gel Aloe Vera.



Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan.

Nota: Jika anda ingin mendapatkan sendiri produk aloe vera, boleh gunakan ID Nana: 
600 000 ****** (Zarina Salleh) semasa berurusan di kaunter Forever.

Baca Selanjutnya »

26 Jun 2015

7 SEBAB PERLU PILIH UBAT GIGI FOREVER BRIGHT UNTUK PENJAGAAN GIGI

UBAT GIGI FOREVER GENTLE BRIGHT, adalah formula yang sangat lembut pada gusi dan tidak mengandungi florida malah ia telah digabungkan dengan aloe vera dan propolis lebah. Ia sangat berkesan dalam menyihatkan, menguatkan dan melindungi gigi dan gusi. Ia juga bertindak menghalang pembentukan plak dan memutihkan gigi tanpa agen pelunturan. Dengan rasa mint (nyaman dan menyegarkan) yang lembut, ia sangat sesuai dan selamat untuk kanak-kanak dan disukai oleh orang dewasa.


Aloe vera sememangnya telah diketahui sangat berkualiti dan mempunyai banyak khasiat termasuk penjagaan gigi. Gigi anda akan putih bersinar dengan Forever Bright Toothgel yang merupakan salah satu ubat gigi yang terbaik di pasaran. Keluarga anda pasti akan menyukai rasa ubat gigi forever bright ini kerana rasanya menyegarkan.

KENAPA KITA PERLU MEMILIH UBAT GIGI FOREVER BRIGHT?

Ubat diformulakan untuk kegunaan seluruh keluarga, Forever Bright Toothgel hanya mengandungi bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Ia juga sesuai untuk untuk mereka yang vegetarian kerana tidak mengandungi unsur haiwan dalam produk ini.
Pudina semula jadi dan perasa Spearmint akan memberikan rasa segar dan mulut akan berasa segar dan bersih.


KELEBIHAN UBAT GIGI FOREVER BRIGHT
  • Tidak mempunyai florida - sangat sesuai bagi mereka mengidap tiroid dan berkesan dalam menghapuskan plak dan bakteria
  • Formula yang tidak melelask sangat sesuai untuk gigi yang sensitif
  • Membersih, memutih dan menghilangkan kotoran pada gigi tanpa agen pemutih
  • Mengandungi aloe vera dan propolis lebah yang sangat efektif dalam menghapuskan bakteria dalam mulut.
  • Melegakan ulser mulut dan mengurangkan jangkitan pada gusi
  • Menyembuh, melindungi dan menguatkan gigi serta menyihatkan gusi
  • Mengurangkan jangkitan pada gusi dan menghilangkan enamel


Ubat gigi ini bukan sahaja mempunyai ciri-ciri anti-bakteria untuk melawan plak dan menjaga nafas yang segar, tetapi ia juga memberi manfaat kepada gusi dan lapisan dalaman yang lembut mulut. Sesuai untuk semua peringkat umur.



Jadi, apa tunggu lagi!! Dapatkan stok anda harini. Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan


Baca Selanjutnya »

23 Jun 2015

1001 RAHSIA KEBAIKAN FOREVER ROYAL JELLY | BANTU HIDUP LEBIH SIHAT


Jom kita tengok bagaimana Royal Jelly dihasilkan? Kita belajar tentang lebah lagi kali ni. Hehehe.

Royal Jelly ialah bahan yang diperolehi daripada kelenjar pharyngeal lebah madu. Ia merupakan "makanan utama" lebah khas yang dicampur dengan enzim dan diberi makan kepada setiap lebah yang terpilih untuk menjadi ratu. Kita semua tahu kisah lebah ni kan? Dalam habitat ribuan ekor lebah pasti ada yang bergelar RATU.

Ia adalah makanan eksklusif ratu lebah sepanjang hidup beliau yang sangat produktif bagi membolehkan seekor ratu lebah bertelur sehingga 3,000 biji telur setiap hari selama enam tahun mengikut jangka hayat seekor lebah. Lebah pekerja pula akan makan madu dan biasaya jangka hayat seekor lebah pekerja hanya empat hingga enam minggu sahaja. 

Royal Jelly membantu menyokong sistem imun, meningkatkan tenaga, dan memberi manfaat kepada kulit dan rambut.


MINERAL PENTING DALAM ROYAL JELLY.

Royal jelly sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C, D, E, dan B-kompleks. Ini termasuk vitamin B5 (asid Pantothenic) iaitu salah satu vitamin yang paling penting dalam badan manusia yang menjadi keperluan untuk protein sintesis dan metabolisme, lemak, karbohidrat dan beberapa hormon. 

Royal jelly juga mengandungi gabungan seimbang unsur-unsur mineral lain termasuk asid amino, kalsium, tembaga, besi, fosforus, kalium, silikon, sulfur dan asid nukleik.


KENAPA MESTI PILIH FOREVER ROYAL JELLY?


Antara lain kelebihan yang ada pada Forever Royal Jelly
  • Makanan tambahan yang PENTING
  • Kaya dengan vitamin dan mineral dan asid amino yang diperlukan
  • Mudah dicerna dan dihadam
  • Tiada bahan pengawet, perasa artau pewarna tiruan
  • Membantu pertumbuhan semula sel-sel badan
  • BAIK untuk ketahanan badan (sistem imun)
  • Menggalakkan metabolisme tubuh.

Ramai yang sudah tahu akan KEBAIKAN madu lebah ini yang mampu memulihkan menjadi penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Antaranya:-
  • Anemia
  • Arthritis (tulang)
  • Asma
  • Patah atau tulang lemah
  • Jangkitan pundi kencing
  • Penyakit Arteri Koronasi
  • Kemurungan
  • Kencing manis (diabetes)
  • Hormon yang tidak stabil
  • Kolestrol tinggi
  • Darah tinggi
  • Mati pucuk
  • Masalah mandul
  • Ingatan terjejas
  • Masalah sistem imun
  • Masalah hati
  • Pertumbuhan terbantut
  • Masalah kulit dan kedutan
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Masalah berat badan
  • Penyembuhan luka
  • Mata lemah atau letih
Ini cuma sebahagian sahaja kelebihan madu lebah. Jadi, tidak rugi untuk kita jadikan amalan untuk makan royal jelly ini untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Jika anda ada dalam masalah kesihatan di atas, boleh cuba untuk amalkan forever royal jelly ni.

Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan dan untuk order.
Baca Selanjutnya »

21 Jun 2015

TIPS MUDAH KAWAL KOLESTROL DALAM DARAH

KOLESTROL

Sebut jer kolestrol kita pasti terbayangkan pelbagai penyakit yang berpunca dari kandungan kolestrol yang tinggi dala badan kita. Kolestrol tinggi dalam salur darah boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kita peringkat umur. 

Cara pengambilan pemakanan kita seharian menjadi punca utama kandungan kolestrol terus tinggi dalam salur darah. Penyakit yang cukup sinonim dengan kolestrol ini adalah sakit jantung, darah tinggi, strok dan penyakit-penyakit lain.


Low Density Lipoprotein (LDL) adalah kandungan kolestrol atau lemak jahat dalam badan yang perlu kita kurangkan. Kandungan LDL yang tinggi akan menghalang High Density Lipoprotein (HDL) bertindak dalam badan kita. HDL adalah kandungan kolestrol baik yang melindungi salur darah kita.

PERSOALANNYA, sanggupkah kita membiarkan kandungan kolestrol jahat ini terus menebal dalam salur darah kita?

Di sini Nana kongsikan tips mudah untuk kawal kolestrol dalam darah kita. Dengan pengambilan Artic-Sea dari forever living secara konsisten, kita boleh membunuh kandungan kolestrol jahat dalam salur darah kita.


Artic-Sea dihasilkan dari minyak ikan semulajadi yang kaya dengan asid lemak penting iaitu omega 3 dan omega 9 yang digabungkan dengan minyak zaitun. Formulasi unik yang dipatenkan ini tidak dapat ditiru oleh mana-mana produk lain menjadikan ia produk terbaik untuk mengawal kolestrol dalam darah.

Kandungan Omega 3 dan omega 9 dalam artic-sea ini bertindak mencairkan kolestrol jahat atau LDL dalam saluran darah dan seterusnya membantu melancarkan peredaran darah serta mengekalkan kandungan HDL.  Selain itu, ia juga menyokong kesihatan otak dan jantung kita. 

Buah zaitun pulak mengandungi asid lemak tidak tepu yang juga mampu mengawal pembentukan kolestrol. Buah zaitun jugak kaya dengan garam mineral lain seperti kalsium, beta karotena dan bersifat anti oksidan.

Antara kelebihan minyak zaitun adalah merawat sakit gastrik, mencegah penyakit jantung, mencantikkan kulit, mencegah radang dan darah beku, mengurangkan risiko kanser payu dara dan banyak lagi.

Gabungan mantap ini jelas menunjukkan bahawa ini adalah pilihan terbaik untuk kita mengekalkan kesihatan badan. Jadi, Artic-Sea sangat sesuai diamalkan oleh pesakit darah tinggi, mereka yang mempunyai masalah kolestrol dan berat badan berlebihan, strok, masalah kulit muka seperti jerawat atau wanita yang ada masalah senggugut.

TESTIMONI 




Hubungi Nana untuk sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan stok anda di 019-3088178

HIDUP SIHAT TANPA KOLESTROL 
Baca Selanjutnya »

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign