Ceritera Ibu & Anak

10 Jan 2017

TIPS MUDAH UNTUK TUKAR JADUAL SEKOLAH ANAK | STICKER JADUAL BERWARNA

Assalamualaikum.

Sesi persekolahan tahun 2017 ni dah masuk minggu kedua. Agak2 parents masih sibuk uruskan sekolah anak2 lagi ke? Kalau yang kalut pon mesti untuk anak2 yang masuk tahun 1 kan? Atau dok kalut balut buku2 sekolah? Kak Nana tak kalut dah sebab awal2 lagi dah siap semua.. Eh...

Kak Nana tahu, ramai yang dah guna kaedah simple ni. Tapi Kak Nana nak share jugak. Ahaks. Sebenarnya dah bertahun Kak Nana dok ushar pasal sticker berwarna ni untuk mudahkan tukar jadual sekolah. Tapi asyik tak jadi nak beli jer sticker buku ni. Tangguh punya tangguh, tahu2 dah cuti sekolah. Hehehe...


Sekali ternampak sorang kawan FB kak nana Felicia Dhiyani post pasal sticker ni. Apa lagi, terus la PM inbox dia tanya details. Harga pon tak mahal. Cuma RM30 untuk 2 set (2 keping kertas saiz A4) ni termasuk pos. OK la kan. Bila sampai kat tangan tengok sticker ni OK la. Kualiti pon bagus sebab tak mudah koyak walaupon kita buka dan tampal balik.

Balik rumah jer terus mintak si kakak keluarkan semua buku sekolah dia termasuk buku sekolah agama. Dia dah pelik dah, dok tanya ibu nak buat apa dengan buku2 dia tu. Mesti dia rasa cuak kan. Saja ibu nak SUPRISE kan dia sebenarnya. Kemudian... taadaaa... ibu keluarkan sticker tu. Menjerit seronok si kakak tengok sticker berwarna yang cantik ni.

Tak sabar betul kan kak nana ni. Terlebih excited pulak. Sebenarnya sticker buku untuk jadual ni sangat2 berguna. Bila dah tampal, memang mudah sangat untuk anak2 tukar jadual sekolah. Bukan apa, takde la anak2 kalut nak tengok jadual lagi kan. Cuma perlu tengok tanda hari tu kat buku jer. Mudah kan?


Tadaaa... siap...

Sebenarnya ade cerita di sebalik semua ni kenapa kak nana dapatkan jugak sticker berwarna warni ni. Bukan sekali, ada la 2-3 kali si kakak hilang jadual sekolah dia. Waktu ni kalut dok contact kawan2 dia tanya pasal jadual sekolah. Kesian pon ada masa tu kat si kakak. Nak nangis pon ada. Ibu pulak blur masa tu tak tahu nak buat apa. Hehehe.

Sekarang ibu tak perlu risau dah. Kalau jadual kakak hilang lagi, takde la nak panik atau menggelabah. Sebab dah tahu dah nak bawak buku apa. Sebenarnya tak rugi pon beli sticker jadual sekolah ni. Kalau jadual bertukar, kita tukar jer la sticker tu. Lagipon sekeping (1 set) tu banyak, memang berlebih2. Boleh simpan lagi.

Ok la, tu saja tips mudah nak share. Kalau rasa berguna, boleh la cuba untuk buku2 sekolah anak masing2. Semoga bermanfaat. 

Ohya, kalau rasa nak sihat tubuh badan, boleh roger2 kak nana atau boleh baca pasal kelebihan aloevera gel ni untuk tahu banyak manfaat dan kebaikan dalam satu botol.

Kak Nana
-coretan si ibu-



Baca Selanjutnya »

6 Jan 2017

USUS KOTOR - APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

USUS, salah satu organ penting dalam badan manusia. Kak Nana tak nak cerita panjang2. Korang mesti tonton video ringkas ni tapi padat dengan info.

Pada mula2 Kak Nana pon rasa geli nak tengok, tapi gagahkan diri jugak untuk tengok. Tak rugi korang tengok video.



Dah tengok kan? So apa korang rasa? Masih rasa geli? Takkan nak biarkan rasa geli tu. Allah sentiasa memberi peluang untuk kita berusaha dan berikhtiar. Jadi, apa kata kita ikhtiarkan untuk detoks usus kita tu dengan amalkan ALOE VERA GEL.

Tak rugi kita melabur hari ini untuk kesihatan yang berpanjangan. 



Boleh hubungi Kak Nana di 019-3088178 untuk dapatkan stok aloe vera gel anda.
Baca Selanjutnya »

UPSIDE DOWN HOUSE KL | JALAN2 CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum....

Lama betul kak Nana tak update blog ni kan. Jom kaknana nak share "percutian" kak Nana di hujung cuti sekolah yang lepas. Macam mana kak nana dan family boleh sampai sini?



Semua ni tanpa dirancang. Asalnya plan lain, jadi lain. Memikirkan anak-anak takde ke mana-mana cuti sekolah, jadi kaknana terfikir jugak nak bawak dorang jalan-jalan sekitar KL ni. Tapi apa yg menarik kat KL ni. Hai... Dah lama dok KL pon masih tak tahu, teruk betul kaknana ni kan? Tertanya-tanya jugak, apa tempat menarik kat KL ni. 

Sebenarnya tak plan pon nak datang sini. Mula-mula plan nak ke desa water park, tak tahu pulak desa water park tu dah tutup. Last beroperasi 30 September 2016, Fuhh!!! Nasib baik kak Nana tergerak hati nak google dulu pasal desa water park ni. Ikutkan ade la 2-3 kali ke sini. Kebetulan anak buah kak nana nak datang KL bawak anak-anak dia jenjalan kat. Mula la kepala otak kak nana dok fikir mane nak bawak dorang ni. Kak Nana ni bukan tahu jalan sangat kat KL ni kan.

Akhirnya terfkir nak bawak dorang terjah upside down house kat KL ni. Kak Nana pon tak penah sampai lagi ke sini. Bila google, tengok tak jauh pon dari rumah, dalam 20 minit jer. Boleh la pegi kan. Lepas tu ade jugak tanya kawan yang dah biasa ke sini. Rupanya area KL Tower jer. Hutan simpan bukit nenas pon sini-sini jugak. Menarik jugak ni.


Kami sampai sini hari masih awal lagi. Jam 8.30 dah terpacak dah kat sini. Bukan apa, kawan kak nana dah pesan, kalau boleh pegi awal. Ok jugak sampai awal kan. Sebab takde la berebut dengan orang. Boleh posing-posing kat luar dulu. Waktu kami sampai memang takde orang sangat. Jadi kiranya kami ni peserta pertama la. Ahaks.

Ada budak dah tak sabar nak masuk tu.

Upside down house ni, atau ada yang panggil rumah terbalik ni, buka jam 9.00 pagi. Buka jer pagar dia, kami la orang pertama yang beratur beli tiket. Ok la, RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Sebelum masuk ke dalam rumah terbalik ni, biasalah, bergambar dulu dengan kamera dorang kat luar tu. Tapi kami tak amik pon gambar yg dah siap tu sebab mahal sangat laa. RM50 untuk satu set (gambar dan key chain).

Jom layan gambar-gambar kat dalam rumah terbalik ni. Sebenarnya banyak jugak gambar kat dalam ni, tapi kak nana tak larat nak upload. Nanti korang muntah hijau pulak tengok. Nak rasa seronok ke tak, korang kena la datang sini.
Bilik tidur utama

Dining Area


Dapur

Itu bahagian dalam rumah, kat luar halaman pon cantik jugak. Kami pon amik kesempatan la. Cuma kami bukan jurufoto pro, jadi gambar pon.. boleh la untuk jadi kenangan.






Itu jer nak share pasal rumah terbalik kat KL ni. Kami tak lama pon kat area rumah terbalik ni sebab ade satu lagi destinasi kami kat situ. Nak tahu apa dia, tunggu next entri ya.

Sambil tu, kalau ade yang nak tahu pasal produk forever living, boleh email atau wassap jer kak nana.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.. mmmuaahhciked..




Baca Selanjutnya »

20 Nov 2015

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIH FOREVER LIVING PRODUCTS | CARA MUDAH UNTUK TAMBAHKAN PENDAPATAN

Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca semua.

Kali ini Nana nak share macam mane Nana boleh terjebak dengan Forever Living ni. Mula-mula tak sangka jugak Nana akan pergi sejauh ini. Apatah lagi Forever ni pon MLM kan. Rasa macam dah malas nak involve dengan MLM ni.

Tapi bila diselidik, ada sesuatu yang istimewa dengan Forever Living. Dan nyata ia memang berbeza. Kenapa Nana jatuh cinta dengan Forever Living Products? Ringkasnya kami selalu sebut FLP jer. Kalau nak tahu kena la baca sampai habis ya!!



Di sini Nana bongkarkan rahsia kenapa anda perlu memilih FLP sebagai pembuka jalan untuk keluar dari zon selesa sekarang ni. Ada 5 SEBAB utama betapa bestnye join FLP ni.

1 - MENANAM DI LADANG DAN MEMPROSES DI KILANG SENDIRI

Antara produk asas FLP adalah Aloe vera, Delima, Minyak Zaitun dan madu lebah. Dan tanpa kita sedar, produk asas berikut adalah MAKANAN SUNNAH. Inilah yang menariknya produk FLP ni. 

Seperti yang Nana pernah share dalam entri sebelum ni, atau anda boleh KLIK DI SINI untuk baca details tentang FLP yang menanam aloe vera di ladangnya sendiri seterusnya memproses aloe vera tersebut di kilang sendiri. Selain itu, madu lebah yang dihasilkan jugak adalah dari lebah yang diternak sendiri. Dan FLP jugak mempunyai ladang lebah sendiri yang terletak di Gurun Sonoran.

2. SEBUAH SYARIKAT YANG KUKUH

Syarikat FLP telah ditubuhkan sejak tahun 1978 lagi dan sehingga kini produk FLP telah dipasarkan di hampir 160 buah negara di dunia. Kalau produknya tak bagus, mana mungkin boleh bertahan selama itu dan dipasarkan di banyak negara, betul tak? 

Di Malaysia, FLP mungkin tidak popular di kalangan orang Melayu, tetapi produk ini telah lama menggunakan produk ini malah mereka yakin dengan kualiti dan kelebihan produk FLP. Malah mereka juga mempromosikan produk FLP sebagai makanan sunnah.

Kalau bangsa lain boleh memartabatkan makanan sunnah, kenapa tidak kita. Inilah masanya untuk kita jana pendapatan dan ubah ekonomi keluarga. Kita harus bertindak sekarang jika ingin berubah. Tidak dinafikan sekarang ini pelbagai produk dari pelbagai syarikat yang memberi peluang menjana pendapatan, tapi sangat penting jika kita memilih syarikat yang sudah bertapak lama dan mempunyai produk yang benar2 berkualiti.

3. TIDAK MEMPUNYAI STOKIS ORANG PERSEORANGAN




Macam mane tu ya? FLP tidak melantik stokis dari orang perseorangan. Sebaliknya FLP menubuhkan SALES CENTRE di setiap bandar besar di seluruh Malaysia malah di negara-negara luar seperti Dubai. FLP juga melantik pengedar-pengedar yang sah berdaftar dengan gelaran FOREVER BUSINESS OWNER (FBO)

Untuk mendapatkan produk forever, anda boleh memilih untuk menghubungi mana-mana FBO untuk urusan jual beli atau boleh ke mana-mana centre berdekatan dan beli produk FLP. Tetapi, untuk mendapatkan produk FLP di centre, anda perlu mendaftar sebagai FBO terlebih dahulu. Untuk mendaftar sebagai FBO, anda boleh masukkan nama Nana di ruangan sponsorship ID. Dan jangan lupa hubungi Nana jika anda sudah mendaftar untuk Nana consult anda ya!!

4. MENGAMALKAN KONSEP TRADING DAN NETWORKING

Inilah yang perbezaan FLP dengan yang lain. Kita boleh memilih untuk buat trading sahaja atau networking untuk meluaskan pasaran dan menjana pendapatan sampingan. Macam mana pulak tu?

# KONSEP TRADING - Kita mendaftar sebagai ahli biasa dengan yuran pendaftaran sebanyak RM90.00 SAHAJA untuk seumur hidup. Semasa pendaftaran ini, anda akan dapat starter kit bag yang comel dan 1 botol aloe vera gel bernilai RM95.40 dengan PERCUMA!!! Macam gambar kat bawah ni la.

Bukan itu sahaja, anda akan dapat menikmati setiap produk FLP dengan harga diskaun sebanyak 15%. Banyak tu !!! Boleh dapat diskaun untuk kegunaan sendiri. Kalau nak jual pon boleh sebab kita tetap akan dapat untung runcit sebanyak 15%. Ye la, kita mestilah jual dengan harga runcit, betul tak? Memang sesuai sangat dengan surirumah sepenuh masa. Sambil dok melayan karenah anak-anak dan buat kerja rumah, tapi masih boleh dapat duit poket. Buat secara part time jer pon. Seronok kan!!!



# KONSEP NETWORKING - Jika kita ada impian untuk meluaskan pasaran dan empayar bisnes FLP, yang paling utama kita perlu upgrade keahlian kita dari ahli biasa ke AHLI VIP. Untuk jadi ahli VIP tak susah sangat, kita perlu ada 2CC (Case Credit) yang bersamaan dengan total pembelian sebanyak RM1500.00 sahaja yang boleh dikumpul untuk 2 bulan. 

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa masih ada CC tu? CC tu hanya untuk kita move rank atau naik pangkat sahaja. Tapi sangat berbaloi sebab kita boleh kumpul selama 2 bulan. Atau seandainya pembelian kali pertama kita sudah bernilai RM1500, secara automatik kita sudah jadi AHLI VIP.

Dah nama pon AHLI VIP, sudah tentu lebih BANYAK KELEBIHAN yang kita dapat. Antaranya kita boleh dapat:-

  • Diskaun sebanyak 35% - 30% semasa pembelian dan baki 5% akan dikreditkan ke dalam akaun kita.
  • Bonus bulanan yang dikreditkan terus ke dalam akaun setiap 14haribulan. 
  • Boleh taja ahli baru sama ada ahli biasa dan ahli VIP untuk meluaskan rangkaian bisnes.
5. BONUS BULANAN FLP DIKIRA BERDASARKAN HARGA RUNCIT. 

Inilah salah satu sebab utama kenapa Nana mula jatuh cinta dengan FLP. Bonus bulanan yang dikira atas NILAI RINGGIT DARI HARGA JUALAN kita. Maksudnya, bukan dari nilai harga ahli tetapi dari NILAI HARGA RUNCIT. Tiada nilai BV/UV/PV/Mata dalam FLP.

Sebagai contoh:-
Katakanlah nilai jualan anda untuk November 2015 adalah RM5000 dan anda layak bonus 5%. Bonus anda ialah

RM5000 x 5% = RM250.00

Ini Nana kira kalau jualan kita hanya RM5000, kalau lebih, maka lebih la yang kita dapat. Malah bila kita dah jadi AHLI VIP, kalau kita cuma beli sebotol aloe vera gel pon kita dah dapat bonus. Sapa nak bagi kan.

Tetapi, jika bonus dikira berdasarkan nilai PV, nilainya sangat berbeza. Contohnya dengan sale anda RM5000 dan katalah nilai PV anda adalah 500PV dan kelayakan bonus 5%, hemmm.... anda kira sendirilah berapa jer yang anda dapat kan!! Dan kalau kita beli sebotol aloe vera, belum tentu kita akan dapat bonus kalau sistem bonus dikira berdasarkan nilai mata atau PV ni.

6. MARKETING PLAN YANG MUDAH DAN ADIL.


Seperti yang Nana ceritakan tadi, dalam FLP takde sistem UV/PV/NM/Mata. Dan yang paling penting dalam FLP tiada sistem pairing. 

Yang paling best, bila kita dah move to new rank atau naik pangkat dari ahli biasa ke ahli VIP atau ke rank seterusnya seperti Supervisor atau Assistant Manager, kita akan kekal di rank kita sampai bila-bila. Tidak perlu risau kita akan turun pangkat ke apa. 


Untuk move ke new rank kita perlu kumpul CC (seperti yang Nana cerita kat atas tadi). CC ni boleh dikumpul untuk 2 bulan. Mesti anda tertanya-tanya, dah kata takde UV/PV/nilai mata tapi kenapa ada CC. Mudah saja, CC ini hanya penentu untuk kita move rank dan penentu nilai peratus bonus yang kita dapat. Jadi, bila dah move rank, tentulah nilai % bonus yang kita dapat pon lebih tinggi.

ADILKAN!!!

Sesetengah MLM, kita perlu ada seorang leader di bawah kita untuk kita move ke new rank. Dan kita perlu pastikan leader kita effective untuk kita kekal di rank kita. Kalau tidak, alamak kita akan jadi ahli biasas semula. Dan % peratus bonus pon akan berkurang. 

Kalau nak cerita pasal marketing plan ni memang panjang. Yang pasti ia memang BERBEZA dengan syarikat MLM yang lain. 

Untuk rasa kelebihan jadi ahli forever ni, kenalah sign up SEKARANG!!!!


Boleh hubungi Nana untuk info lanjut di 019-3088178





Kredit: Rosmini Ibrahim

Baca Selanjutnya »

6 Jul 2015

BAHAYA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI | TIPS ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

BAHAYA DARAH TINGGI

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang dalam diam boleh mengakibatkan banyak komplikasi dan jugak kematian jika tidak dirawat. Kajian Kesihatan di Malaysia dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukkan peratus penyakit tekanan darah tinggi ini adalah sebanyak 32.3% dan boleh dianggap tinggi.





Penyakit tekanan darah tinggi ni terbahagi kepada dua jenis:
1. Tekanan Darah Tinggi Utama (Primary Hypertension) - tidak ada punca yang boleh dikaitkan dengan penyakit darah tinggi ini. Ia mungkin disebabkan keturunan sama ada ibu atau bapa ada darah tinggi. Jika demikian, peratusan anak untuk dapat penyakit ini juga lebih tinggi. Tapim kadangkala ada juga orang tidak ada keturunan penyakit darah tinggi ini turut mendapat penyakit ini. Nana cukup risau untuk kategori pertama ni.
2. Tekanan Darah Tinggi Sekunder (Secondary Hypertension) - ia berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mengidap tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, ia boleh membawa kepada risiko sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Kata orang, penyakit tiga serangkai. Nama cantik jer kan tiga serangkai tapi ia penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau dicegah. 

Masih Nana ingat sehingga kini walaupon dah hampir 23 tahun berlalu, arwah ayah meninggal sebab sakit darah tinggi pada usia 47 tahun. Memang orang kata dah ajal dia tapi puncanya dia ada darah tinggi. Dia kena strok tahap tiga dan meninggal pada hari yang sama. Sedih la pulak.
Contoh tahap tekanan darah

Kategori
Sistolik (no yang di atas)  
Diastolik (no yang di bawah)
 Normal
 bawah 120
 dan
 bawah 80
 Pre-hypertensi
 120 - 139
 atau
 80-90
 Hypertensi
 140 dan ke atas
 atau
 90 dan ke atas
 Hypertensi sistolik     
 160 dan ke atas
 dan
 bawah 90

Punca Tekanan Darah Tinggi


Tekanan darah tinggi berpunca dari beberapa sebab berikut:


  • Obesiti atau berat badan berlebihan
  • Berlebihan garam dalam makanan
  • Keturunan
  • Tekanan emosi berlebihan
  • Kurang aktiviti fizikal atau senaman
Komplikasi tekanan darah tinggi.

  • Penyempitan arteri yang disebabkan kandungan kolestrol yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri dan denyutan jantung menjadi tidak normal.
  • Tekanan darah tinggi jugak mungkin disebabkan masalah perubatan lain seperti steroid atau ubat anti radang, walaupon punca sebenar tidak diketahui. Penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak dapat dirawat tetapi ia mampu dicegah dan dikawal.
  • Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah kemudiannya mengalir ke otak. Apabila satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, ini akan mengakibatkan STROK.
  • Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan seperti kabur. Jika tidak dicegah pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan salur darah pecah atau berdarah yang boleh menyebabkan buta.
  • Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan salur darah ke buah pinggang menjadi sempit. Ini memaksa buah pinggang bekerja keras kerana ia bertindak sebagai penapis menyingkirkan bahan-bahan perkumuhan dari badan.
  • Serangan sakit jantung boleh berlaku apabila arteri yang bertindak menghantar oksigen ke jantung mengeras menyebabkan jantung tidak dapat cukup oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan jantung gagal mengepam darah yang secukupnya untuk keperluan tubuh kita.
Seram pulak baca komplikasi akibat tekanan darah tinggi ni kan. Macam Nana ni dikira ada keturunan darah tinggi dari arwah ayah, arwah nenek dan bapak sedara ada darah tinggi dan ketiga-tiga mereka semua diserang strok. 

Sebab itulah Nana perlu titik beratkan soal kesihatan. Memang kena hati-hati dan beringat sokmo terutama bab pemakanan sebabnya langkah-langkah pencegahan berikut boleh diamalkan untuk mengelak darah tinggi.
  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Mengawal stress atau tekanan emosi
  • Senaman yang tetap
  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Banyakkan makan sayuran dan buahan
Bagi anda yang mungkin ada tekanan darah tinggi dan ingin mengambil alternatif lain selain ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital atau klinik, boleh cuba amalkan ALOE VERA GEL dan ARTIC SEA.

Boleh KLIK DI SINI untuk baca kelebihan aloe vera gel dan KLIK DI SINI juga untuk tahu lebih lanjut tentang artic sea.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nana di 019-3088178
Forever Business Owner 
Baca Selanjutnya »

5 Jul 2015

ALOE VERA MAKANAN SUNNAH | SIHAT DENGAN MAKANAN SUNNAH

Sebelum ini bila sebut makanan sunnah, Nana cuma terbayangkan buah kurma, buah zaitun. Tak pernah terlintas pon yang aloe vera ni jugak merupakan makanan sunnah. Malah telah wujud sejak zaman Rasulullah (SAW) lagi.

Kalau tak kenal family forever living ni, mau sampai sekarang tak tahu yang aloe vera ni makanan sunnah. Hohoho. Nampak sangat tak ikut perkembangan kan. 




Aloe Vera atau Lidah buaya adalah herba yang sangat berguna dan menjadi kegemaran Rasulullah (SAW. Dalam riwayat Qays Ibn Rafi al Qatsi menyebut Rasulullah (SAW) berkata "dalam dua perkara pahit pasti ada penyembuhan iaitu aloe dan safa."

Malah, di beberapa tempat di dunia ini masih menggunakan aloe vera sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu.

Diriwayatkan dari Nabih bin Wahb, kami keluar bersama Aban Bin Uthman hingga kami sampai di Malal, Umar bin Ubaidullah mengadu sakit kedua matanya. Ketika sampao di Rauha', kesakitan pada matanya bertambah parah dan  Aban bin Uthman yang kemudian menyarankan kepadanya untuk mengubati kedua matanya dengan daun sabir (aloe vera).

Sesungguhnya Uthman meriwayatkan demikian bahawa Nabi Muhammad SAW melakukan hal yang sama di mana ketika seorang lelaki sakit kedua matanya ketika ihram dan diubati dengan daun sabir (aloe vera)


Dalam riwayat lain Ummu Salamah r.a. berkata,"Aku menemui Rasulullah Saw ketika Abu Salamah meninggal dunia. Ketika itu aku mengenakan aloe vera. Nabi bertanya, " Ini apa, Ummu Salamah?" Ummu Salamah menjawab,"Ini hanya aloe vera Rasul. Tidak ada yang istimewa."Nabi berkata," Aloe vera ini dapat meremajakan kulit wajah. Jadi, kenakanlah pada malam hari dan jangan kamu kenakan pada siang hari".
( HR Al-Nasa`i dan Abu Dawud)

ALOE VERA TUMBUHAN AJAIB


Memang tak dapat disangkal lagi dengan kelebihan aloe vera yang memang mempunyai banyak khasiat. Boleh KLIK DI SINI untuk baca kelebihan aloe vera. Maknanya, tak silap la Nana memilih untuk minum aloe vera gel dari forever living ni.

Sebagai agen detoks toksin dan bantu tingkatkan kesihatan badan secara menyeluruh, aloe sangat membantu. Hidup sihat jugak satu sunnah.

OK la, kalo nak tahu lebih lanjut lagi tentang aloe vera boleh hubungi Nana di 019-3088178 atau KLIK DI SINI jika nak tahu apa lagi  






Baca Selanjutnya »

2 Jul 2015

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH SEMBELIT | TIPS SIHAT UNTUK ATASI SEMBELIT

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit adalah keadaan di mana kita sukar membuang air besar kerana kekerapan membuang air besar menjadi kurang. BIasanya kita akan sembelit bila tidak membuang selama 2 hari atau buang air besar kurang dari 3 kali seminggu.
Kesannya, najis menjadi keras atau berketul menjadikan kita sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis tersebut. Siapa yang pernah kena sembelit ni tau la macam mana kan? Mau "bercinta" kat bilik semata-mata nak melepaskan sisa buangan tu.


Seseorang yang mengidap sembelit akan merasa tidak puas buang air besar, perut menjadi buncit atau sering sakit perut. Sering kena sembelit boleh memberikan kesan yang kepada tubuh kita. 
Antaranya simpton atau kesannya seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan. Malah pada masa yang sama, badan menjadi lesu yang kronik, hilang selera makan, artritis, sakit kepala, malas, mengantuk dan pelbagai kesan lain pada tubuh kita yang secara tidak langsung menjejaskan keadaan kesihatan tubuh.

SIAPA YANG SERING KENA SEMBELIT?
Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Dari kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas. Malah sembelit jugak cukup sinonim dengan ibu-ibu mengandung atau ibu yang sedang berpantang. Hal ini cukup menyeksakan kerana Nana sendiri pernah kena sembelit semasa melahirkan anak pertama. Memang seksa tau!

KENALI PUNCA SEMBELIT



Sembelit adalah berpunca dari diri kita sendiri kerana sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar. Kita kadangkala mengambil sikap menahan diri untuk ke bilik air kerana ingin menyiapkan kerja atau terlalu sibuk. Lama kelamaan keadaa ini akan menjadi kebiasaan yang menjadi faktor utama kita tidak membuang air besar beberapa hari.

Kurang minum air kosong yang mencukupi dan makanan serat juga menjadi punca kepada sembelit. Kita semua tahu, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari air kosong yang wajib kita minum. Atau mengikut berat badan masing-masing di mana setiap berat 20kg memerlukan 1 liter air. bermakna kalo berat kita 60kg, kita perlu minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.

Selain itu, perokok tegar atau mereka yang mengalami tekanan emosi jugak mudah mengalami masalah sembelit. Jadi, berhenti la merokok. Lagipon merokok memang tidak elok malah membahayakan kesihatan. Hehehe.

Faktor lain yang menyebabkan sembelit adalah pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu. Jadi, kita kena sesuaikan badan kita dengan pengambilan ubat-ubatan ini atau herba supaya tidak sembelit.

KESAN SEMBELIT

Kekerapan sembelit menyebabkan badan kita SUKAR untuk nyahkan toksin dari badan. Keadaan ini akan menyebabkan badan tidak menyerap dengan baik segala nutrien atau khasiat dari pengambilan makanan seharian.
Toksin dalam aliran darah pulak akan membebankan organ hati dan menganggu proses detoksifikasi. Tu dia, istilahnya. Dalam bahasa yang mudah difahami, detoks ni ibarat kita mengeluarkan toksin dalam badan.
Najis yang mengeras akibat sembelit akan melekat di dinding usus besar dan menyebabkan ia tersumbat. Keadaan ini lagi parah kerana ia boleh menyebabkan kanser kolon atau kanser usus.

CARA ATASI SEMBELIT

Sembelit dapat di atasi dengan cara mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan makan lebih buah-buahan dan makanan berserat tinggi. Selain itu, minum air kosong yang mencukup jugak salah satu cara untuk mengelakkan sembelit.

Walau bagaimanapon, kita mungkin tidak mampu untuk makan buah-buahan atau makanan berserat setiap hari akibat kekangan masa. Di sinilah pengambilan supplement atau makanan tambahan memainkan peranan penting.

PATI ALOE VERA GEL boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah sembelit. Pengambilan gel aloe vera jugak membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Boleh baca DI SINI untuk mengetahui kelebihan gel Aloe Vera.



Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan.

Nota: Jika anda ingin mendapatkan sendiri produk aloe vera, boleh gunakan ID Nana: 
600 000 ****** (Zarina Salleh) semasa berurusan di kaunter Forever.

Baca Selanjutnya »

30 Jun 2015

KENAPA MESTI PILIH ALOE VERA GEL FOREVER LIVING | KHASIAT ALOE VERA GEL


FOREVER LIVING PRODUCTS INTERNATIONAL atau FLP adalah sebuah Syarikat
yang ditubuhkan sejak tahun 1978 oleh Dr. Rex Maughan di Arizona, USA. Sudah 37 tahun rupanya. Dah lama dah. Bukan baru sehari dua atau setahun dua. FLP telah berada di hampir 160 buah negara seperti Arab Saudi, Dubai dan termasuk Malaysia.





Forever Living Products memiliki ladang aloe vera seluas 5,000 ekar di  Republik Dominica yang merupakan ladang aloe vera yang terbesar di dunia. Selain itu, FLP juga memiliki ladang di Mexico dan Texas.

Forever menjadi pengeluar produk aloe vera yang berkualiti kerana selain mempunyai ladang sendiri, FLP juga merupakan Penanam, Pengilang dan Pengeluar kepada produk aloe vera mereka sendiri. Jadi, Forever adalah pengeluar produk aloe vera terbesar yang merangkumi 92.5% pengeluaran dunia.



Keunikan Aloe Vera FLP

Apa yang uniknya, aloe vera di ladang FLP tidak dituai dengan mesin, sebaliknya ia dituai atau dipetik secara manual oleh pekerja atau para petani FLP sendiri yang dilakukan dengan berhati-hati. 

Daun-daun aloe vera yang telah dipetik akan diproses secepat mungkin atau beberapa jam selepas dipetik untuk memastikan keaslian gel sentiasa tulen dan segar. Cara ini juga dapat mengekalkan kesegaran dan kualiti semulajadi gel aloe vera itu supaya tidak terjejas.




FLP juga mempuyai kilang memproses aloe vera sendiri seperti Aloe of America yang kini mampu menghasilkan 300 botol Aloe Vera Gel setiap minit, atau 430,000 botol setiap hari bagi menampung permintaan terhadap produk aloe vera ini.



Forever Living sangat komited dalam menjaga kualiti produk yang dihasilkan untuk memberikan yang terbaik dan produk yang berkesan kepada pengguna. FLP berpegang kepada piawaian yang tertinggi dan sentiasa aktif mencari pengesahan luar (Pihak Ketiga) untuk membuktikan keberkesanan produk yang dikeluarkan oleh FLP. 

Antaranya:
  1.  Kelulusan Majlis Sains Aloe Antarabangsa (IASC)
  2.  Kelulusan Persatuan Islam  California
  3.  Pemeringkatan Kosher
  4.  Pengesahan Halal IFANCA

Minuman eksklusif GEL ALOE VERA FLP diperbuat daripada filet daun dalaman daun Aloe Barbadensis,iaitu dari jenis aloe vera terbaik yang boleh di makan.  Hanya kulit luar yang mengandungi sap aloin yang pahit sahaja dibuang. Sebab itu la ia kelihatan pekat dan mengandungi pulpa kerana tidak ada gel yang diambil tidak ditapis keluar.



Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan gurun dan mempunyai keupayaan menyerap yang tinggi dan memulihkan lembapan. Ia mengandungi lebih daripada 200 jenis bahan yang dapat membantu menggalakkan pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat.
KHASIAT ALOE VERA GEL


  • Pilihan yang amat TEPAT untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus (USUS).
  • Meningkatkan penyerapan nutrien yang berkesan oleh sel-sel tubuh. Ini membantu badan kita lebih mudah menerima lebih banyak khasiat dari makanan.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan - membekalkan tenaga secara berterusan.
  • Melancarkan sistem pencernaan - Ia membersihkan usus kecil dan melancarkan pembuangan najis (sembelit).
  • Penyahtoksin yang berkesan - mengurangkan masalah mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Ini membantu mencantikkan kulit.
  • Melancarkan metabolisme - bantu bebaskan tenaga dan mengurangkan masalah pengumpulan lemak dan mengurangkan berat badan.

Rasanya ini perkongsian kali ini paling banyak gambar yang Nana share. Hehehe. Semoga memberi manfaat pada pembaca blog semua.

Untuk sebarang pertanyaa, boleh hubungi Nana di 019-3088178
Baca Selanjutnya »

29 Jun 2015

5 KELEBIHAN FOREVER BEE PROPOLIS | TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN SECARA SEMULAJADI

LAGI KISAH SI LEBAH




Lebah, si kecil yang sangat digeruni. Sengatannya cukup berbisa. Bila kita sebut jer pasal lebah, pasti akan menimbulkan rasa takut bila membayangkan sengatan si lebah ini. Kita sering mendengar tentang madu dan debunga lebah yang memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Tetapi ada lagi satu yang istimewa pada lebah ini iaitu propolis. Propolis adalah bahan resin berwarna merah atau coklat yang dikutip oleh lebah madu daripada tunas pokok, yang digunakan untuk mengisi celah-celah sarang dan membaiki sarang mereka.

Forever Living telah menghasilkan satu lagi produk makanan tambahan yang berasaskan dari lebah iaitu Forever Bee Propolis.


FOREVER BEE PROPOLIS

Forever Bee Propolis adalah bahan resin yang dikumpul dan dimetabolismakan oleh lebah dari pucuk daun dan kulit pokok. Lebah menggunakan propolis untuk membaiki lubang dan rekahan di sarang mereka, dan sarang lebah ini tidak ada unsur strelize sebelum ratu lebah bertelur. 

Ini kerana "simen" sarang lebah itu sendiri boleh meneutralkan bahan cemar seperti bakteria dan virus dan melindungi koloni lebah dari sebarang jangkitan. Propolis berfungsi dengan membunuh kuman, menjadikan bahagian dalam sarang lebah dan persekitarannya disterilkan secara semulajadi.




PROPOLIS KAYA DENGAN NUTRIEN

Komposisi penuh propolis ini belum dikenal pasti. Tetapi dalam propolis terdapat sebanyak 34 sebatian nutrisi termasuk pelbagai nutrien yang membantu dalam metabolisma sel-sel. Antaranya ialah beta-karotena, vitamin B1, B2, B3, C, E, asid panthothenic, strontium, tembaga, mangan, ferum, kalsium, aluminium, vanadium, silikon dan sebagainya. Kandungan bioflavonoid juga sangat tinggi. Terdapat lebih daripada 50 jenis flavonoid telah ditemui propolis.

Keistimewaan propolis adalah dari kandungan bioflavonoid itu sendiri. Ianya adalah 5 kali ganda bioflavonoid berbanding yang terdapat dalam buah buah sitrus. Bioflavonoid adalah nutrien yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan vitamin dan juga membantu untuk mengukuhkan dan meningkatkan penyerapan dalam kapilari darah.

Forever Bee Propolis dihasilkan daripada 100% propolis tulen yang dikumpul dari Gurun Sonoran di Arizona, digabungkan dengan madu, royal jelly dan perisa badam semulajadi.

KELEBIHAN FOREVER BEE PROPOLIS
  • Melawan Jangkitan - Bee Propolis mengandungi bioflavonoid dan gabungan madu dan tumbuhan lain yang merangsang badan untuk melawan jangkitan.
  • Meningkatkan Sistem Imun Semuladi - Ia membantu untuk merangsang badan menghasilkan imun secara semulajadi. Ia juga menghasilkan interferon yang menguatkan sistem imun badan.
  • Anti-Radang - Propolis lebah membantu mengurangkan masalah keradangan seperti bengkak, kemerahan, kesakitan dan ketidakselesaan. Propolis lebah juga bertindak sebagai aspirin semulajadi untuk membantu  masalah radang lain seperti radang sendi, ekzema atau proriasis.
  • Melegakan Alahan - Alergi atau alahan adalah tindak balas imun yang disebabkan oleh sumber-sumber seperti debu, makanan, bahan kimia dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa propolis lebah boleh membantu menghalang tindakbalas alahan ini terhadap bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan alahan.
  • Jangkitan Saluran kencing - UTI adalah jangkitan biasa yang tentu lebih kerap dihidapi oleh wanita. Bee Propolis boleh dijadikan alternatif untuk membantu mengawal jangkitan tanpa menjejaskan sistem imun. Pengambilan antibiotik mungkin akan melemahkan sistem imun badan. Propolis adalah antibiotik semulajadi lembut yang membunuh kuman dengan meneutralkan dan menyahaktifkan kuman.
Untung jugak Forever Living ni perkenalkan produk yang berasaskan lebah ni kan. Paling istimewa lebah ini diternak sendiri di kawasan gurun sanoran yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga-bunga.


Boleh hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan



Baca Selanjutnya »

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign