Ceritera Ibu & Anak: UPSIDE DOWN HOUSE KL | JALAN2 CUTI SEKOLAH

6 Jan 2017

UPSIDE DOWN HOUSE KL | JALAN2 CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum....

Lama betul kak Nana tak update blog ni kan. Jom kaknana nak share "percutian" kak Nana di hujung cuti sekolah yang lepas. Macam mana kak nana dan family boleh sampai sini?



Semua ni tanpa dirancang. Asalnya plan lain, jadi lain. Memikirkan anak-anak takde ke mana-mana cuti sekolah, jadi kaknana terfikir jugak nak bawak dorang jalan-jalan sekitar KL ni. Tapi apa yg menarik kat KL ni. Hai... Dah lama dok KL pon masih tak tahu, teruk betul kaknana ni kan? Tertanya-tanya jugak, apa tempat menarik kat KL ni. 

Sebenarnya tak plan pon nak datang sini. Mula-mula plan nak ke desa water park, tak tahu pulak desa water park tu dah tutup. Last beroperasi 30 September 2016, Fuhh!!! Nasib baik kak Nana tergerak hati nak google dulu pasal desa water park ni. Ikutkan ade la 2-3 kali ke sini. Kebetulan anak buah kak nana nak datang KL bawak anak-anak dia jenjalan kat. Mula la kepala otak kak nana dok fikir mane nak bawak dorang ni. Kak Nana ni bukan tahu jalan sangat kat KL ni kan.

Akhirnya terfkir nak bawak dorang terjah upside down house kat KL ni. Kak Nana pon tak penah sampai lagi ke sini. Bila google, tengok tak jauh pon dari rumah, dalam 20 minit jer. Boleh la pegi kan. Lepas tu ade jugak tanya kawan yang dah biasa ke sini. Rupanya area KL Tower jer. Hutan simpan bukit nenas pon sini-sini jugak. Menarik jugak ni.


Kami sampai sini hari masih awal lagi. Jam 8.30 dah terpacak dah kat sini. Bukan apa, kawan kak nana dah pesan, kalau boleh pegi awal. Ok jugak sampai awal kan. Sebab takde la berebut dengan orang. Boleh posing-posing kat luar dulu. Waktu kami sampai memang takde orang sangat. Jadi kiranya kami ni peserta pertama la. Ahaks.

Ada budak dah tak sabar nak masuk tu.

Upside down house ni, atau ada yang panggil rumah terbalik ni, buka jam 9.00 pagi. Buka jer pagar dia, kami la orang pertama yang beratur beli tiket. Ok la, RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Sebelum masuk ke dalam rumah terbalik ni, biasalah, bergambar dulu dengan kamera dorang kat luar tu. Tapi kami tak amik pon gambar yg dah siap tu sebab mahal sangat laa. RM50 untuk satu set (gambar dan key chain).

Jom layan gambar-gambar kat dalam rumah terbalik ni. Sebenarnya banyak jugak gambar kat dalam ni, tapi kak nana tak larat nak upload. Nanti korang muntah hijau pulak tengok. Nak rasa seronok ke tak, korang kena la datang sini.
Bilik tidur utama

Dining Area


Dapur

Itu bahagian dalam rumah, kat luar halaman pon cantik jugak. Kami pon amik kesempatan la. Cuma kami bukan jurufoto pro, jadi gambar pon.. boleh la untuk jadi kenangan.






Itu jer nak share pasal rumah terbalik kat KL ni. Kami tak lama pon kat area rumah terbalik ni sebab ade satu lagi destinasi kami kat situ. Nak tahu apa dia, tunggu next entri ya.

Sambil tu, kalau ade yang nak tahu pasal produk forever living, boleh email atau wassap jer kak nana.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.. mmmuaahhciked..




6 comments:

  1. Replies
    1. Kena terjah jue. Tp kena pi awai.

      Delete
  2. Baru tahu ada rumah terbalik kat KL ni jerr.. hahahahadoi..
    Tq share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom terjah... Tp baik pegi awal..nanti beratur panjang

      Delete
  3. Dah lama teringin nak pergi, tp sampai skrg x pergi lagi, huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh pon. Tengah2 bandar kl..hehe

      Delete

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign