Ceritera Ibu & Anak: BAHAYA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI | TIPS ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

6 Jul 2015

BAHAYA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI | TIPS ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

BAHAYA DARAH TINGGI

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang dalam diam boleh mengakibatkan banyak komplikasi dan jugak kematian jika tidak dirawat. Kajian Kesihatan di Malaysia dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukkan peratus penyakit tekanan darah tinggi ini adalah sebanyak 32.3% dan boleh dianggap tinggi.





Penyakit tekanan darah tinggi ni terbahagi kepada dua jenis:
1. Tekanan Darah Tinggi Utama (Primary Hypertension) - tidak ada punca yang boleh dikaitkan dengan penyakit darah tinggi ini. Ia mungkin disebabkan keturunan sama ada ibu atau bapa ada darah tinggi. Jika demikian, peratusan anak untuk dapat penyakit ini juga lebih tinggi. Tapim kadangkala ada juga orang tidak ada keturunan penyakit darah tinggi ini turut mendapat penyakit ini. Nana cukup risau untuk kategori pertama ni.
2. Tekanan Darah Tinggi Sekunder (Secondary Hypertension) - ia berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mengidap tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, ia boleh membawa kepada risiko sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Kata orang, penyakit tiga serangkai. Nama cantik jer kan tiga serangkai tapi ia penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau dicegah. 

Masih Nana ingat sehingga kini walaupon dah hampir 23 tahun berlalu, arwah ayah meninggal sebab sakit darah tinggi pada usia 47 tahun. Memang orang kata dah ajal dia tapi puncanya dia ada darah tinggi. Dia kena strok tahap tiga dan meninggal pada hari yang sama. Sedih la pulak.
Contoh tahap tekanan darah

Kategori
Sistolik (no yang di atas)  
Diastolik (no yang di bawah)
 Normal
 bawah 120
 dan
 bawah 80
 Pre-hypertensi
 120 - 139
 atau
 80-90
 Hypertensi
 140 dan ke atas
 atau
 90 dan ke atas
 Hypertensi sistolik     
 160 dan ke atas
 dan
 bawah 90

Punca Tekanan Darah Tinggi


Tekanan darah tinggi berpunca dari beberapa sebab berikut:


  • Obesiti atau berat badan berlebihan
  • Berlebihan garam dalam makanan
  • Keturunan
  • Tekanan emosi berlebihan
  • Kurang aktiviti fizikal atau senaman
Komplikasi tekanan darah tinggi.

  • Penyempitan arteri yang disebabkan kandungan kolestrol yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri dan denyutan jantung menjadi tidak normal.
  • Tekanan darah tinggi jugak mungkin disebabkan masalah perubatan lain seperti steroid atau ubat anti radang, walaupon punca sebenar tidak diketahui. Penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak dapat dirawat tetapi ia mampu dicegah dan dikawal.
  • Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah kemudiannya mengalir ke otak. Apabila satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, ini akan mengakibatkan STROK.
  • Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan seperti kabur. Jika tidak dicegah pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan salur darah pecah atau berdarah yang boleh menyebabkan buta.
  • Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan salur darah ke buah pinggang menjadi sempit. Ini memaksa buah pinggang bekerja keras kerana ia bertindak sebagai penapis menyingkirkan bahan-bahan perkumuhan dari badan.
  • Serangan sakit jantung boleh berlaku apabila arteri yang bertindak menghantar oksigen ke jantung mengeras menyebabkan jantung tidak dapat cukup oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan jantung gagal mengepam darah yang secukupnya untuk keperluan tubuh kita.
Seram pulak baca komplikasi akibat tekanan darah tinggi ni kan. Macam Nana ni dikira ada keturunan darah tinggi dari arwah ayah, arwah nenek dan bapak sedara ada darah tinggi dan ketiga-tiga mereka semua diserang strok. 

Sebab itulah Nana perlu titik beratkan soal kesihatan. Memang kena hati-hati dan beringat sokmo terutama bab pemakanan sebabnya langkah-langkah pencegahan berikut boleh diamalkan untuk mengelak darah tinggi.
  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Mengawal stress atau tekanan emosi
  • Senaman yang tetap
  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Banyakkan makan sayuran dan buahan
Bagi anda yang mungkin ada tekanan darah tinggi dan ingin mengambil alternatif lain selain ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital atau klinik, boleh cuba amalkan ALOE VERA GEL dan ARTIC SEA.

Boleh KLIK DI SINI untuk baca kelebihan aloe vera gel dan KLIK DI SINI juga untuk tahu lebih lanjut tentang artic sea.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nana di 019-3088178
Forever Business Owner 

8 comments:

  1. good info
    singgah sini n follow
    http://catatanhati93.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi yang terbaik... terima kasih sudi singgah...

      Delete
  2. kena berjaga-jaga berkaitan sakit darah tinggi ni...orang yang berusia memang berpotensi untuk dapat penyakit ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi jengah blog akak.. sebenarnya org muda pon blh dpt sakit ni

      Delete
  3. harini banyak produk yang hebat hebat di pasaran. kena invest some untuk kesihatan kita juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kena pilih produk yg betul jugak kan..

      Delete

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign