Ceritera Ibu & Anak

29 Jun 2015

5 KELEBIHAN FOREVER BEE PROPOLIS | TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN SECARA SEMULAJADI

LAGI KISAH SI LEBAH




Lebah, si kecil yang sangat digeruni. Sengatannya cukup berbisa. Bila kita sebut jer pasal lebah, pasti akan menimbulkan rasa takut bila membayangkan sengatan si lebah ini. Kita sering mendengar tentang madu dan debunga lebah yang memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Tetapi ada lagi satu yang istimewa pada lebah ini iaitu propolis. Propolis adalah bahan resin berwarna merah atau coklat yang dikutip oleh lebah madu daripada tunas pokok, yang digunakan untuk mengisi celah-celah sarang dan membaiki sarang mereka.

Forever Living telah menghasilkan satu lagi produk makanan tambahan yang berasaskan dari lebah iaitu Forever Bee Propolis.


FOREVER BEE PROPOLIS

Forever Bee Propolis adalah bahan resin yang dikumpul dan dimetabolismakan oleh lebah dari pucuk daun dan kulit pokok. Lebah menggunakan propolis untuk membaiki lubang dan rekahan di sarang mereka, dan sarang lebah ini tidak ada unsur strelize sebelum ratu lebah bertelur. 

Ini kerana "simen" sarang lebah itu sendiri boleh meneutralkan bahan cemar seperti bakteria dan virus dan melindungi koloni lebah dari sebarang jangkitan. Propolis berfungsi dengan membunuh kuman, menjadikan bahagian dalam sarang lebah dan persekitarannya disterilkan secara semulajadi.




PROPOLIS KAYA DENGAN NUTRIEN

Komposisi penuh propolis ini belum dikenal pasti. Tetapi dalam propolis terdapat sebanyak 34 sebatian nutrisi termasuk pelbagai nutrien yang membantu dalam metabolisma sel-sel. Antaranya ialah beta-karotena, vitamin B1, B2, B3, C, E, asid panthothenic, strontium, tembaga, mangan, ferum, kalsium, aluminium, vanadium, silikon dan sebagainya. Kandungan bioflavonoid juga sangat tinggi. Terdapat lebih daripada 50 jenis flavonoid telah ditemui propolis.

Keistimewaan propolis adalah dari kandungan bioflavonoid itu sendiri. Ianya adalah 5 kali ganda bioflavonoid berbanding yang terdapat dalam buah buah sitrus. Bioflavonoid adalah nutrien yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan vitamin dan juga membantu untuk mengukuhkan dan meningkatkan penyerapan dalam kapilari darah.

Forever Bee Propolis dihasilkan daripada 100% propolis tulen yang dikumpul dari Gurun Sonoran di Arizona, digabungkan dengan madu, royal jelly dan perisa badam semulajadi.

KELEBIHAN FOREVER BEE PROPOLIS
  • Melawan Jangkitan - Bee Propolis mengandungi bioflavonoid dan gabungan madu dan tumbuhan lain yang merangsang badan untuk melawan jangkitan.
  • Meningkatkan Sistem Imun Semuladi - Ia membantu untuk merangsang badan menghasilkan imun secara semulajadi. Ia juga menghasilkan interferon yang menguatkan sistem imun badan.
  • Anti-Radang - Propolis lebah membantu mengurangkan masalah keradangan seperti bengkak, kemerahan, kesakitan dan ketidakselesaan. Propolis lebah juga bertindak sebagai aspirin semulajadi untuk membantu  masalah radang lain seperti radang sendi, ekzema atau proriasis.
  • Melegakan Alahan - Alergi atau alahan adalah tindak balas imun yang disebabkan oleh sumber-sumber seperti debu, makanan, bahan kimia dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa propolis lebah boleh membantu menghalang tindakbalas alahan ini terhadap bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan alahan.
  • Jangkitan Saluran kencing - UTI adalah jangkitan biasa yang tentu lebih kerap dihidapi oleh wanita. Bee Propolis boleh dijadikan alternatif untuk membantu mengawal jangkitan tanpa menjejaskan sistem imun. Pengambilan antibiotik mungkin akan melemahkan sistem imun badan. Propolis adalah antibiotik semulajadi lembut yang membunuh kuman dengan meneutralkan dan menyahaktifkan kuman.
Untung jugak Forever Living ni perkenalkan produk yang berasaskan lebah ni kan. Paling istimewa lebah ini diternak sendiri di kawasan gurun sanoran yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga-bunga.


Boleh hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan



Baca Selanjutnya »

28 Jun 2015

6 KHASIAT MADU YANG PERLU ANDA TAHU | FOREVER BEE HONEY PILIHAN TEPAT

Lagi kisah pasal madu. Tapi ini madu yang baik untuk kesihatan tau. Sebab dalam produk Forever Living, ada berapa produk yang berasaskan madu. Ini kerana sepanjang sejarah manusia, madu telah diiktiraf sebagai makanan semula jadi premium untuk nilai pemakanan itu sendiri. Madu adalah makanan lebah.



BAGAIMANA LEBAH MENGHASILKAN MADU?

Lebah membuat madu dengan menghidap atau menyedut cecair madu dari bunga-bunga yang mekar. Lebah-lebah ini akan hinggap dari satu bunga ke bunga yang lain dan menyimpan madu ini untuk jangka masa tertentu supaya boleh bercampur dengan enzim mereka. Kemudian, lebah-lebah ini akan menyimpan madu dalam sarang mereka.

Madu yang terdapat dalam Forever Bee Honey berbeza kerana ia terhasil dari lebah-lebah yang dipelihara di ladang Forever ini sendiri. Ladangnya pulak terletak jauh di kawasan gurun yang bebas dari sebarang pencemaran dan mempunyai ribuan bunga-bunga liar yang mempunyai pelbagai khasiat.

Madu lebah sangat kaya dengan nutrisi dan mineral termasuk 78% gula yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa, vitamin, enzim, protein, asid amino, dan lain-lain seperti kalsium dan fosforus.

FOREVER BEE HONEY

Forever Bee Honey adalah 100% semulajadi tanpa sebarang perasa dan pewarna TIRUAN. Ia merupakan pemanis berkhasiat yang mengandungi kira-kira 70 kalori dengan setiap sudu besar. Madu juga kaya dengan karbohirat dan mudah untuk dihadam. Forever Bee Honey adalah sumber tenaga yang cepat dan berkhasiat pada bila-bila masa sahaja!!



KELEBIHAN MADU FOREVER BEE HONEY
  • Membekalkan tenaga kepada hati dan otak  - Tenaga yang cukup sangat penting untuk fungsi hati sebagai sistem penghadaman glukosa yang sangat ideal sepanjang kita tidur dan sebelum tidur dan selepas senaman. Madu mempunyai khasiat yang terbaik untuk melancarkan fungsi hati ini kerana kira-kira 1 :1 nisbah fruktosa : glukosa boleh didapati dalam madu lebah.
  • Mencegah batuk yang berpanjangan atau asma - Madu telah digunakan untuk untuk merawat Upper Repository Infections (URI) iaitu penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Ia juga melegakan sakit tekak mudah. Madu mempunyai tetulang berakar-sel dan kesan antimikrob, yang membantu menyembuhkan luka dengan cepat. 
  • Meningkatkan penyerapan dan mengurangkan masalah gastrik - Sifat-sifat antibakteria dalam madu lebah sangat berkesan dalam melawan mikroorganisma dalam badan. Penggunaan madu juga membantu meneutralkan ubat-ubatan dan merawat masalah gastrik.
  • Merawat luka akibat kencing manis - Madu juga sangat berkesan dalam memulihkan luka terutama kepada pengidap kencing manis. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam madu lebah membantu memulihkan luka dalam masa yang singkat.
  • Mengekalkan tenaga  dan kecergasan - Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan madu selepas bersenam membantu meningkatkan kecergasan dan memulihkan otot.
  • Sentiasa kekal sihat dan kuat - Madu memainkan peranan penting dalam membunuh radikal bebas yang tidak selamat dari tubuh manusia. Radikal bebas akan masuk dalam sistem pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ia juga membantu mencegah penyakit kanser.
Jika ingin dihuraikan, madu sebenarnya mempunyai 1001 khasiat yang telah diakui sejak dahulu lagi. Namun di pasaran sekarang madu telah dicampur dgn gula dan ini akan mengurangkan khasiat yang terkandung dalam madu itu sendiri.

Madu Forever Bee Honey terdiri dari madu gred AA dan ia boleh dimakan oleh penyakit kencing manis. Boleh klik DI SINI melihat produk forever living yang lain yang berasaskan madu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nana di 019-3088178



Baca Selanjutnya »

26 Jun 2015

7 SEBAB PERLU PILIH UBAT GIGI FOREVER BRIGHT UNTUK PENJAGAAN GIGI

UBAT GIGI FOREVER GENTLE BRIGHT, adalah formula yang sangat lembut pada gusi dan tidak mengandungi florida malah ia telah digabungkan dengan aloe vera dan propolis lebah. Ia sangat berkesan dalam menyihatkan, menguatkan dan melindungi gigi dan gusi. Ia juga bertindak menghalang pembentukan plak dan memutihkan gigi tanpa agen pelunturan. Dengan rasa mint (nyaman dan menyegarkan) yang lembut, ia sangat sesuai dan selamat untuk kanak-kanak dan disukai oleh orang dewasa.


Aloe vera sememangnya telah diketahui sangat berkualiti dan mempunyai banyak khasiat termasuk penjagaan gigi. Gigi anda akan putih bersinar dengan Forever Bright Toothgel yang merupakan salah satu ubat gigi yang terbaik di pasaran. Keluarga anda pasti akan menyukai rasa ubat gigi forever bright ini kerana rasanya menyegarkan.

KENAPA KITA PERLU MEMILIH UBAT GIGI FOREVER BRIGHT?

Ubat diformulakan untuk kegunaan seluruh keluarga, Forever Bright Toothgel hanya mengandungi bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Ia juga sesuai untuk untuk mereka yang vegetarian kerana tidak mengandungi unsur haiwan dalam produk ini.
Pudina semula jadi dan perasa Spearmint akan memberikan rasa segar dan mulut akan berasa segar dan bersih.


KELEBIHAN UBAT GIGI FOREVER BRIGHT
  • Tidak mempunyai florida - sangat sesuai bagi mereka mengidap tiroid dan berkesan dalam menghapuskan plak dan bakteria
  • Formula yang tidak melelask sangat sesuai untuk gigi yang sensitif
  • Membersih, memutih dan menghilangkan kotoran pada gigi tanpa agen pemutih
  • Mengandungi aloe vera dan propolis lebah yang sangat efektif dalam menghapuskan bakteria dalam mulut.
  • Melegakan ulser mulut dan mengurangkan jangkitan pada gusi
  • Menyembuh, melindungi dan menguatkan gigi serta menyihatkan gusi
  • Mengurangkan jangkitan pada gusi dan menghilangkan enamel


Ubat gigi ini bukan sahaja mempunyai ciri-ciri anti-bakteria untuk melawan plak dan menjaga nafas yang segar, tetapi ia juga memberi manfaat kepada gusi dan lapisan dalaman yang lembut mulut. Sesuai untuk semua peringkat umur.



Jadi, apa tunggu lagi!! Dapatkan stok anda harini. Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan


Baca Selanjutnya »

25 Jun 2015

LEMAK DAN TOKSIN BERLEBIHAN PUNCA GEMUK | TIPS KURUS DENGAN ALOE VERA GEL FOREVER LIVING

Kalau kita perhatikan gambar di bawah ni, agak-agak la kita dalam golongan mana? Sanggup ke kita berada di tempat orang yang pertama?

atau

Bagaimana nak kekalkan bentuk badan seperti orang yang kedua?

Sebelum itu, jom kita kenali jenis-jenis lemak yang ada dalam tubuh kita ni.

LEMAK DALAMAN (VISERAL)

Lemak viseral ini meliputi hati, buah pinggang dan pankreas. Lemak viseral ini terkumpul di bahagian dalam badan dan membebaskan bahan yang boleh menyebabkan keradangan. Lemak yang terkumpul terlalu lama ini menjadi faktor utama perut menjadi buncit atau boroi.

LEMAK DI BAWAH KULIT (SUBKUTANEUS)

Lemak yang terkumpul di bawah kulit ini akan menyebabkan badan menjadi gempal yang memberi kesan yang ketara kepada bentuk badan. Hal ini mendorong kepada pertambahan berat badan yang berlebihan.

PERUT KURUS

Apabila lemak viseral disingkirkan, ruang abdomen akan mengecil, pinggang akan menjadi langsing dan perut jugak semakin kempis. Keadaan ini menghasilkan kesan positif menurunkna kadar kolestrol jahat (LDL) dan sensitivit terhadap insulin.

RENDAH LEMAK

Lemak dari badan tidak boleh disingkirkan 100% walaupon kita melakukan senaman. Ini kerana lemak yang minimum adalah penting untuk melindungi organ, mengawal suhu badan dan hormon.


Diet dengan mengurangkan kadar kalori dan senaman membantu mengurangkan lemak tetapi meningkatkan kepadatan toksin dalam badan. Toksin yang berlebihan di dalam akan menggalakkan penghasilan lemak. Keadaan ini akan menyebabkan berat badan kembali bertambah.

Pembersihan secara selular membuang toksin dari badan, akan mewujudkan otot tanpa lemak dan membakar lemak yang tak diperlukan oleh badan. Dengan mengekalkan keseimbangan nutrisi membantu badan bebas dari lemak secara semulajadi dan bebas toksin.

Haa, di sini la aloe vera gel ni memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin di dalam badan kita. Boleh baca DI SINI jika nak tahu bagaimana aloe vera gel ini bertindak menyingkirkan toksin dalam badan kita.



Hubungi Nana untuk pertanyaan lanjut di 019-3088178
Baca Selanjutnya »

KEBAIKAN BUAH DELIMA DAN MANGGIS | GABUNGAN MANTAP UNTUK KEKALKAN KESIHATAN

Sememangnya tidak dipertikaikan lagi hakikat bahawa antioksidan adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, hari ini terdapat banyak perbincangan di kalangan pakar pemakanan mengenai buah-buahan yang mengandungi antioksidan yang paling kuat, atau yang mengandungi Xanthones yang tinggi.

Forever Pomesteen Power mempunyai semua campuran proprietari jus buah-buahan dan ekstrak buah delima, pir, manggis, raspberry, blackberry, blueberry dan biji anggur.



Nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) merupakan petunjuk bagaimana antioksidan menyekat kerosakan radikal bebas. Nilai ORAC setiap jenis buah-buahan adalah berbeza-beza, walaupun kita menguji buah yang sama pada masa yang berlainan (selepas menuai). Apa yang penting adalah untuk mengetahui bahawa semua kandungan ekstrak buah-buahan dalam Forever Pomesteen Power adalah melengkapi keperluan nilai ORAC seperti yang dinyatakan, terutamanya Delima dan buah Manggis.

Kalau kat kampung dulu-dulu la, Nana ni memang suka panjat pokok manggis. Masa tu tak tahu pon yang manggis ni mengandungi anti oksidan yang tinggi. Buah delima pon macam tu. Cuma tahu buah delima ini sangat bagus untuk tambah darah.

Badan kita memerlukan lebih vitamin untuk kekal kuat dan sihat. Ini kerana kadangkala sistem imunisasi badan menjadi lemah menyebabkan kita senang dijangkiti penyakit. Oleh sebab itu, kita bukan sahaja bergantung kepada diet harian dan senaman, itupon kalau kita rajin bersenam. Hehehe. Badan memerlukan anti oksidan dari sumber tertentu seperti jus atau makanan tambahan.

Antara sifat penting anti oksidan ini adalah menguatkan sistem imun badan dan membantu badan melawan bakteria jahat, radikal bebas, toksin dan virus yang sering menyerang badan kita. Sebab itulah anti oksidan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan.

Forever Living Product telah memperkenalkan Forever Pomesteen Power yang menggabungkan campuran jus anti oksidan dari ekstrak buah-buahan yang telah disebutkan di atas.

Jom kita tengok kelebihan dan kebaikan yang ada dalam setiap buah-buahan yang terdapat dalam Forever Pomesteen Power ini.

1. Manggis - Mengandungi xhanthones yang mana fitonutrien memang diketahui mempunyai aktiviti anti oksidan yang kuat melawan radikal bebas.



Kebaikan buah manggis
  • Anti alahan
  • Anti arthritis (berkaitan tulang)
  • Antibiotik
  • Anti radang
  • Anti oksidan
  • Anti kulat (bakteria)
  • Penggalak tenaga
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Mencegah kanser
  • Melindungi kesihatan hati
  • Mencegah katarak
  • Mencegah penyakit gusi
2. Jus Buah Delima - Mengandungi sifat-sifat anti oksidan yang sangat baik. Kandungan anti oksidan dalam jus buah delima lebih banyak berbanding teh hijau atau wain merah. 
Kebaikan buah delima
  • Kajian menunjukkan jus buah delima mampu mencegah pembentukan sel kanser
  • Mencegah kanser paru-paru
  • Melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat
  • Mencegah penyakit osteoarthritis (tulang)
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Mencegah pembetukan plak dalam arteri
  • Merendahkan paras kolestrol LDL
  • Melindungi badan dari penuaan pramatang
Mengamalkan minum jus buah delima semasa mengandung membantu mengurangkan risiko kecederaan pada plasenta. Sifat anti oksidan yang terdapat dalam jus buah delima ini membantu mencegah dan memulihkan sel plasenta dari radikal bebas.

Selain buah jus manggis dan delima, terdapat juga jus buah-buahan lain seperti blackberry, blueberry, pir, rasberi dan ekstrak biji anggur. Antara lain kelebihan yang ada dalam buah-buahan ini  seperti:-

* Jus Blackberry - Blackberry adalah antara 10 buah-buahan yang mengandungi anti oksidan yang mempunyai kelebihan berikut:-

  • Mengandungi antosianin asik elagik yang melindungi badan dari kanser
  • Mencegah kanser servik dan payudara
  • Melegakan keradangan usus
  • Menguatkan saluran darah
  • Menurunkan paras kolestrol jahat (LDL)
* Jus Blueberi - Mengandungi fitokimia yang merupakan anti oksidan dan anti keradangan yang kuat.
  • Mencegah kerosakan mata akibat kemerosotan fungsi retina
  • Mencegah pembiakan sel-sel kanser usus
  • Menggalakkan kesihatan saluran kencing
  • Melegakan cirit birit dan sembelit
  • Menggalakkan perkembangan neuron (sel yang menghantar impuls saraf)
  • Mengekalkan kesihatan membran sel
  • Melegakan saluran darah (mengurangkan risiko darah tinggi)
* Jus buah pir - Merupakan sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C.
  • Merupakan 'julab' yang terbaik kerana kebanyakan gentian adalah bersifat tidak larut (mengurangkan masalah sembelit)
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Penggalak tenaga semulajadi
  • Menurukan paras kolestrol jahat (LDL)
* Ekstrak biji anggur - Ia mengandungi sebatian yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Kandungan resveratrol pula menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Memperbaiki penglihatan terutama pada waktu malam
  • Berkesa melawan penyakit berkaitan pankreas
  • Melindungi kerosakan pada salur darah
  • Menghalang pengoksidaan kolestrol dan kerosakan kepada sistem kardiovaskular jika anda seorang perokok
* Jus buah rasberi - Merupakan antara sumber anti oksidan kerana kandungan elagik, asid, antosianin dan lain-lain yang sangat pekat.
  • Ia melawan sakit kanser
  • Mengurangkan masalah sakit jantung
  • Berkesan terhadap penurunan mental (ingatan) yang berkaitan usia.
Jadi, tidak hairanlah kandungan dalam Forever Pomesteen Power ni sangat berkesan melawan atau mencegah pelbagai penyakit kerana mempunyai gabungan anti oksidan dari pelbagai jenis buah-buahan terbaik.

Gabungan ini mampu mengekalkan kesihatan badan pada tahap optimum. Kata pepatah, mencegah itu lebih baik. Jadi, dapatkan pomesteen hari ini.



Boleh hubungi Nana pada bila-bila masa di 019-3088178
Baca Selanjutnya »

24 Jun 2015

15 TAHUN DERITA STROK BERAKHIR DENGAN ALOE VERA GEL FOREVER LIVING

APA ITU STROK?

Strok adalah suatu keadaan di mana sel-sel otak tiba-tiba mati akibat kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan oleh pembekuan darah dalam aliran darah, atau pecahnya arteri yang bersambung ke otak. Pesakit yang mengidap strok akan kehilangan kemampuan untuk bercakap dan salah satu sisi tubuh menjadi lumpuh.

Faktor utama strok adalah tekanan darah tinggi, tinggi Kolesterol, merokok, Diabetes,Obesiti atau berat badan berlebihan. Jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan badan kita.

TESTIMONI STROK

Nana ada share video yang sama di sidebar blog ini. Tapi di sini, Nana share sekali lagi testimoni seorang makcik yang menderita sakit strok selama hampir 15 tahun yang akhirnya pulih setelah mengamalkan aloe vera gel, artic-sea dan madu dari forever living.


Sedikit ulasan kerana mungkin ada di antara pembaca yang tidak faham loghat Kelantan yang dituturkan oleh makcik ni. 

Makcik ini telah mengidap sakit strok selama 14 ke 15 tahun. Sepanjang menghidap strok, beliau bergantung kepada ubat hospital yang dibekalkan oleh HUSM Kubang Kerian.

Makcik ni mula mengamalkan minum aloe vera gel ini pada Hari Raya Haji yang lalu. Kesan mula dapat dilihat selepas 6 hari pertama. Beliau mula rasa lebih sihat dan mula boleh bangun perlahan-lahan.

Semasa rakaman ini, makcik ni dah minum 3 botol aloe vera gel, syukur alhamdulillah dengan izin Allah makcik dan dah mula boleh berjalan.

Beliau tetap mengalami tindakan balas pemulihan atau healing crisis semasa permulaan minum jus aloe vera ini. Selepas 3 hari amalkan minum jus ini, beliau sendiri merasa "pelik" dengan perubahan pada badannya. Terasa seperti "keluar angin" dari badan.  Beliau rasa seperti nak demam. Badan terasa dedar dan cuma demam biasa yang tidak teruk selama 2 hari.

Beliau mengamalkan aloe vera gel, artic-sea (minyak ikan) dan maduMakcik juga turut berkongsi cara beliau makan ketiga-tiga produk ini iaitu 2 kali sehari pada waktu malam sebelum tidur dan pagi sebelum makan (sewaktu perut kosong). Boleh KLIK DI SINI untuk melihat kelebihan artic-sea.

Sapa yang tidak teruja bila sakit strok yang lama ini boleh pulih dengan izin Allah setelah mengamalkan produk Forever Living ini. Tambahan pulak beliau tidak melakukan sebarang exercise sepanjang mengamalkan FLP dan kini beliau telah boleh menunaikan solat di atas kerusi. Alhamdulillah.

Makcik ni hidap strok hampir 15 tahun... alhamdulillah pulih dgn izin Allah setelah amalkan aloe vera forever dgn artic sea dan madu..Kena tengok kenapa tukang interview ni teruja sgt2...Blh hubungi Nana utk sebarang pertanyaan lanjut di 019-3088178
Posted by Zarina SihatMenawan on Tuesday, June 23, 2015





Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nana di 019-3088178

Baca Selanjutnya »

8 RAHSIA KELEBIHAN BAWANG PUTIH YANG BUKAN SEKADAR PENYEDAP MASAKAN

Bawang putih biasanya menjadi bahan utama digunakan dalam masakan terutama untuk menumis, dengan baunya sangat harum. Boleh dikatakan masakan tidak akan lengkap tanpa bawang putih. Macam Nana sendiri, kalau ke pasaraya, jumpa bawang putih yang gemuk-gemuk, pasti Nana beli lebih sebab geram. Hehehe.

Bawang putih boleh dimakan secara mentah. Bagi yang suka bawang putih, pasti akan dimakan sebagai ulam. Tapi harus diingat, ada yang kata boleh menyebabkan bau badan kalau terlebih dos. Hehehe.

Bawang putih juga sering digunakan oleh ibu-ibu sebagai natural remedy untuk merawat bayi atau kanak-kanak yang menghidap batuk dan selsema. Dan ada yang mengatakan bawang putih jugak boleh menambahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusu.



Sejak dahulu lagi bawang putih sangat terkenal kerana kelebihannya untuk merawat pelbagai penyakit.  Kalau nak makan begitu saja kekadang tak diterima anak tekak jugak jugak. Namun anda diberi pilihan dengan Forever Garlic-Thyme.

FOREVER GARLIC-THYME

Bawang putih dan thyme, kedua-duanya bersifat anti oksidan yang kuat dalam Forever Garlic-Thyme ini. Kedua-duanya digabungkan untuk memelihara dan mengekalkan kesihatan. Apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan, enzim akan bertindak balas untuk menghasilkan agen imun untuk badan kita. 

Kajian menunjukkan bahawa bahan lain yang terkandung dalam bawang putih ini membantu metabolisme tubuh dengan menukar lemak kepada tenaga dan melindungi tubuh dari radikal bebas.

Bawang putih jugak merupakan sumber terbaik vitamin B, salenium, mangan, fosforus, potasium dan jugak kalsium.



1 kapsul  Forever Garlic-Thyme is bersamaan dengan 1000mg bawang putih segar. Amalkan setiap hari sebagai makanan tambahan.




Di sini Nana senaraikan antara kebaikan bawang putih yang terdapat dalam Forever Garlic-Thyme. Sebagai alternatif, kita boleh amalkan makan garlic thyme ni. Ye la kan, takkan la hari-hari nak kunyah bawang putih?


1. Menyokong Sistem Pernafasan

Kandungan sulfur dan mineral lain dalam bawang putih menghasilkan keupayaan semulajadi untuk menyokong sistem pernafasan kita. Forever Garlic-Thyme telah digunakan oleh pakar herba di Amerika dan seluruh Eropah.

Khasiat bawang putih ni sangat sesuai untuk mereka yang menghidap asma, bronchitis, batuk dan jangkitan pada saluran pernafasan.

2. Menyokong sistem imun badan yang sangat berkesan

Sebatian semulajadi yang ditemui dalam bawang putih telah digunakan berabad lamanya sebagai sokongan sistem imun badan. Bawang putih membantu mengekalkan dan menguatkan sistem imun badan kerana ia mengandungi salenium bersifat anti oksidan, germanium dan allicin yang merupakan antibiotik semulajadi.

Kedua-dua unsur ini membantu meningkatkan lagi tahap imunisasi badan secara semulajadi. Mereka yang menghidap masalah alahan seperti kerap selsema amat digalakkan mengamalkan garlic-thyme ini. 

3. Kaya dengan Fitonutrien.

Fitonutrien ini hanya boleh didapati dari tumbuhan tertentu yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia dan mencegah pelbagai penyakit. Bawang putih dan thyme merupakan gabungan fitonutrien yang terbaik dan mempunyai keupayaan anti oksidan yang sangat tinggi.

4. Agen Detoks yang berkesan.

Bawang putih juga sangat sinonim dengan detoksifikasi badan. Kandungan sulfida dalam bawang putih menjadi agen detoks yang baik untuk badan. Detoks di sini bermaksud membawa keluar segala toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita.

5. Bersifat Anti Oksidan

Gabungan bawang putih dan thyme memberikan keupayaan anti oksidan yang berganda. Thyme mengandungi tannin, fenol dan thymol merupakan sebahagian daripada kandungan anti oksida. Kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari. Jadi, gabungan mantap ini membantu melindungi sel badan dari serangan radikal bebas tersebut.

6. Menyokong Tahap Kolestrol Sihat dan Tekanan Darah Tinggi.

Dalam banyak kajian telah membuktikan bahawa bawang putih dapat membantu menyokong tahap kolestrol yang sihat kerana mengandungi sebatian allicin dan sulfur. Allicin dan sulfur ini membantu mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan kolestrol baik (HDL)

Selain itu, bawang putih juga membantu mengurangkan masalah darah beku atau dengan kata lain, membantu melancarkan peredaran darah. Ini dapat membantu mengurangkan masalah darah tinggi.

7. Menyokong Kesihatan Otak dan Hati

Kesan bawang putih terhadap kesihatan manusia diakui oleh pelbagai sumber. Beberapa penerbitan juga membuktikan bahawa bawang putih memberikan kesan positif terhadap kesihatan otak dan fungsi hati jika kita mengamalkan pemakanan tambahan yang berasaskan bawang putih.

8. Perlindungan Berkesan dari Radikal Bebas

Melalui sokongan sistem imun, bawang putih telah terbukti dapat meneutralkan radikal bebas dalam darah,yang jika dibiarkan akan merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita. Jadi sangat penting kita mengamalkan pemakanan tambahan ini dalam diet harian memandangkan tubuh kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari.




Jadi apa tunggu lagi, dapatkan forever garlic-thyme harini. Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan.





Baca Selanjutnya »

23 Jun 2015

1001 RAHSIA KEBAIKAN FOREVER ROYAL JELLY | BANTU HIDUP LEBIH SIHAT


Jom kita tengok bagaimana Royal Jelly dihasilkan? Kita belajar tentang lebah lagi kali ni. Hehehe.

Royal Jelly ialah bahan yang diperolehi daripada kelenjar pharyngeal lebah madu. Ia merupakan "makanan utama" lebah khas yang dicampur dengan enzim dan diberi makan kepada setiap lebah yang terpilih untuk menjadi ratu. Kita semua tahu kisah lebah ni kan? Dalam habitat ribuan ekor lebah pasti ada yang bergelar RATU.

Ia adalah makanan eksklusif ratu lebah sepanjang hidup beliau yang sangat produktif bagi membolehkan seekor ratu lebah bertelur sehingga 3,000 biji telur setiap hari selama enam tahun mengikut jangka hayat seekor lebah. Lebah pekerja pula akan makan madu dan biasaya jangka hayat seekor lebah pekerja hanya empat hingga enam minggu sahaja. 

Royal Jelly membantu menyokong sistem imun, meningkatkan tenaga, dan memberi manfaat kepada kulit dan rambut.


MINERAL PENTING DALAM ROYAL JELLY.

Royal jelly sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C, D, E, dan B-kompleks. Ini termasuk vitamin B5 (asid Pantothenic) iaitu salah satu vitamin yang paling penting dalam badan manusia yang menjadi keperluan untuk protein sintesis dan metabolisme, lemak, karbohidrat dan beberapa hormon. 

Royal jelly juga mengandungi gabungan seimbang unsur-unsur mineral lain termasuk asid amino, kalsium, tembaga, besi, fosforus, kalium, silikon, sulfur dan asid nukleik.


KENAPA MESTI PILIH FOREVER ROYAL JELLY?


Antara lain kelebihan yang ada pada Forever Royal Jelly
  • Makanan tambahan yang PENTING
  • Kaya dengan vitamin dan mineral dan asid amino yang diperlukan
  • Mudah dicerna dan dihadam
  • Tiada bahan pengawet, perasa artau pewarna tiruan
  • Membantu pertumbuhan semula sel-sel badan
  • BAIK untuk ketahanan badan (sistem imun)
  • Menggalakkan metabolisme tubuh.

Ramai yang sudah tahu akan KEBAIKAN madu lebah ini yang mampu memulihkan menjadi penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Antaranya:-
  • Anemia
  • Arthritis (tulang)
  • Asma
  • Patah atau tulang lemah
  • Jangkitan pundi kencing
  • Penyakit Arteri Koronasi
  • Kemurungan
  • Kencing manis (diabetes)
  • Hormon yang tidak stabil
  • Kolestrol tinggi
  • Darah tinggi
  • Mati pucuk
  • Masalah mandul
  • Ingatan terjejas
  • Masalah sistem imun
  • Masalah hati
  • Pertumbuhan terbantut
  • Masalah kulit dan kedutan
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Masalah berat badan
  • Penyembuhan luka
  • Mata lemah atau letih
Ini cuma sebahagian sahaja kelebihan madu lebah. Jadi, tidak rugi untuk kita jadikan amalan untuk makan royal jelly ini untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Jika anda ada dalam masalah kesihatan di atas, boleh cuba untuk amalkan forever royal jelly ni.

Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan dan untuk order.
Baca Selanjutnya »

22 Jun 2015

10 KELEBIHAN DEBUNGA LEBAH | FOREVER BEE POLLEN BANTU PULIHKAN MASALAH KESIHATAN

Bee Pollen atau debunga lebah dihasilkan dari madu lebah dan merupakan makanan kepada lebah muda. Ia dianggap sebagai salah satu makanan paling berkhasiat dari alam semulajadi kerana mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Debunga lebah ini kaya dengan protein (lebih kurang 40% protein), asid amino dan vitamin (termasuk B-Complex dan asid folik). Ia terhasil apabila lebah-lebah ini akan hinggap dan menyedut nutrisi dari ribuan spesis bunga yang terdapat di gurun sanoran menjadikan ia makanan tambahan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.



Debunga Lebah adalah sumber makanan yang lengkap dan mengandungi banyak unsur kebanyakannya tidak dihasilkan oleh haiwan lain. Bee Pollen yang dihasilkan oleh lebah ini sangat kaya dengan protein. Ia mengandungi kandungan asid aminio yang tinggi berbanding dengan daging lembu, telur atau keju. Separuh daripada protein dalam bentuk asid amino ini sedia untuk digunakan oleh badan kita pada bila-bila masa.

Tahukah kita bahawa untuk mendapatkan satu sudu kecil debunga lebah ini, seekor lebah perlu bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari selama sebulan untuk mengumpulkan hasilnya. Lama kan? Dan setiap pelet debunga lebah mengandungi lebih 2 juta biji debunga bunga (flower pollen) dan satu sudu kecil mengandungi lebih dari 2.5 bilion biji debunga bunga. Terasa seperti tidak masuk akal tetapi inilah yang sebenarnya.

Berikut adalah 10 RAHSIA KELEBIHAN Bee Pollen atau debunga lebah untuk diet harian anda.




1. Membekal dan Meningkatkan Tenaga - Pelbagai nutrien yang terdapat dalam debunga lebah menjadikannya penggalak tenaga secara semulajadi. Kandungan Karbohidrat, protein dan vitamin B yang terdapat dalam Bee Pollen membantu kekal bertenaga sepanjang hari dengan meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan.

2. Masalah Kerengsaan Kulit - Bee Pollen sering digunakan dalam produk topikal yang bertujuan untuk merawat keradangan dan kegatalan pada kulit  seperti psoriasis atau ekzema. Asid amino dan vitamin melindungi kulit dan membantu pertumbuhan semula sel-sel.

3. Sistem Pernafasan - Bee Pollen mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang membantu mengurangkan masalah atau kesan anti-radang pada tisu paru-paru dan menghalang serangan asma.

4. Merawat Alahan/Alergik - Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan setelah dirawat dengan memberi pesakit tersebut makan oral debunga. Semua masalah kesihatan yang berpunca dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan.Ini membuktikan bahawa debunga lebah adalah SANGAT berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.

5. Sistem pencernaan - Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.

6. Sistem Imun Booster - Debunga adalah baik untuk flora usus dan menyokong sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan kita daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan kita serangan radikal bebas.

7. Merawat Ketagihan/keinginan - Digunakan secara holistik untuk penyembuhan ketagihan dan menghalang keinginan dari terus ketagih. Disebabkan sifat debunga yang mampu menghalang sesuatu keinginan, ia membantu dalam pengurusan penurunan berat badan.

8. Menyokong Sistem Kardiovaskular - Debunga lebah mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.

9. Membantu Masalah Prostat - Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil.

10. Masalah Ketidaksuburan - Debungan Lebah bertindak merangsang  dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormon.

Jadi, mereka yang mempunyai masalah seperti ketidakstabilan hormon, masalah prostat, atau masalah kesihatan lain, boleh la cuba Bee Pollen Forever Living ni.



Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan stok anda harini.


Baca Selanjutnya »

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign