Ceritera Ibu & Anak: 8 RAHSIA KELEBIHAN BAWANG PUTIH YANG BUKAN SEKADAR PENYEDAP MASAKAN

24 Jun 2015

8 RAHSIA KELEBIHAN BAWANG PUTIH YANG BUKAN SEKADAR PENYEDAP MASAKAN

Bawang putih biasanya menjadi bahan utama digunakan dalam masakan terutama untuk menumis, dengan baunya sangat harum. Boleh dikatakan masakan tidak akan lengkap tanpa bawang putih. Macam Nana sendiri, kalau ke pasaraya, jumpa bawang putih yang gemuk-gemuk, pasti Nana beli lebih sebab geram. Hehehe.

Bawang putih boleh dimakan secara mentah. Bagi yang suka bawang putih, pasti akan dimakan sebagai ulam. Tapi harus diingat, ada yang kata boleh menyebabkan bau badan kalau terlebih dos. Hehehe.

Bawang putih juga sering digunakan oleh ibu-ibu sebagai natural remedy untuk merawat bayi atau kanak-kanak yang menghidap batuk dan selsema. Dan ada yang mengatakan bawang putih jugak boleh menambahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusu.



Sejak dahulu lagi bawang putih sangat terkenal kerana kelebihannya untuk merawat pelbagai penyakit.  Kalau nak makan begitu saja kekadang tak diterima anak tekak jugak jugak. Namun anda diberi pilihan dengan Forever Garlic-Thyme.

FOREVER GARLIC-THYME

Bawang putih dan thyme, kedua-duanya bersifat anti oksidan yang kuat dalam Forever Garlic-Thyme ini. Kedua-duanya digabungkan untuk memelihara dan mengekalkan kesihatan. Apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan, enzim akan bertindak balas untuk menghasilkan agen imun untuk badan kita. 

Kajian menunjukkan bahawa bahan lain yang terkandung dalam bawang putih ini membantu metabolisme tubuh dengan menukar lemak kepada tenaga dan melindungi tubuh dari radikal bebas.

Bawang putih jugak merupakan sumber terbaik vitamin B, salenium, mangan, fosforus, potasium dan jugak kalsium.



1 kapsul  Forever Garlic-Thyme is bersamaan dengan 1000mg bawang putih segar. Amalkan setiap hari sebagai makanan tambahan.




Di sini Nana senaraikan antara kebaikan bawang putih yang terdapat dalam Forever Garlic-Thyme. Sebagai alternatif, kita boleh amalkan makan garlic thyme ni. Ye la kan, takkan la hari-hari nak kunyah bawang putih?


1. Menyokong Sistem Pernafasan

Kandungan sulfur dan mineral lain dalam bawang putih menghasilkan keupayaan semulajadi untuk menyokong sistem pernafasan kita. Forever Garlic-Thyme telah digunakan oleh pakar herba di Amerika dan seluruh Eropah.

Khasiat bawang putih ni sangat sesuai untuk mereka yang menghidap asma, bronchitis, batuk dan jangkitan pada saluran pernafasan.

2. Menyokong sistem imun badan yang sangat berkesan

Sebatian semulajadi yang ditemui dalam bawang putih telah digunakan berabad lamanya sebagai sokongan sistem imun badan. Bawang putih membantu mengekalkan dan menguatkan sistem imun badan kerana ia mengandungi salenium bersifat anti oksidan, germanium dan allicin yang merupakan antibiotik semulajadi.

Kedua-dua unsur ini membantu meningkatkan lagi tahap imunisasi badan secara semulajadi. Mereka yang menghidap masalah alahan seperti kerap selsema amat digalakkan mengamalkan garlic-thyme ini. 

3. Kaya dengan Fitonutrien.

Fitonutrien ini hanya boleh didapati dari tumbuhan tertentu yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia dan mencegah pelbagai penyakit. Bawang putih dan thyme merupakan gabungan fitonutrien yang terbaik dan mempunyai keupayaan anti oksidan yang sangat tinggi.

4. Agen Detoks yang berkesan.

Bawang putih juga sangat sinonim dengan detoksifikasi badan. Kandungan sulfida dalam bawang putih menjadi agen detoks yang baik untuk badan. Detoks di sini bermaksud membawa keluar segala toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita.

5. Bersifat Anti Oksidan

Gabungan bawang putih dan thyme memberikan keupayaan anti oksidan yang berganda. Thyme mengandungi tannin, fenol dan thymol merupakan sebahagian daripada kandungan anti oksida. Kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari. Jadi, gabungan mantap ini membantu melindungi sel badan dari serangan radikal bebas tersebut.

6. Menyokong Tahap Kolestrol Sihat dan Tekanan Darah Tinggi.

Dalam banyak kajian telah membuktikan bahawa bawang putih dapat membantu menyokong tahap kolestrol yang sihat kerana mengandungi sebatian allicin dan sulfur. Allicin dan sulfur ini membantu mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan kolestrol baik (HDL)

Selain itu, bawang putih juga membantu mengurangkan masalah darah beku atau dengan kata lain, membantu melancarkan peredaran darah. Ini dapat membantu mengurangkan masalah darah tinggi.

7. Menyokong Kesihatan Otak dan Hati

Kesan bawang putih terhadap kesihatan manusia diakui oleh pelbagai sumber. Beberapa penerbitan juga membuktikan bahawa bawang putih memberikan kesan positif terhadap kesihatan otak dan fungsi hati jika kita mengamalkan pemakanan tambahan yang berasaskan bawang putih.

8. Perlindungan Berkesan dari Radikal Bebas

Melalui sokongan sistem imun, bawang putih telah terbukti dapat meneutralkan radikal bebas dalam darah,yang jika dibiarkan akan merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita. Jadi sangat penting kita mengamalkan pemakanan tambahan ini dalam diet harian memandangkan tubuh kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari.




Jadi apa tunggu lagi, dapatkan forever garlic-thyme harini. Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan.





No comments:

Post a Comment

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign