Ceritera Ibu & Anak: KEBAIKAN BUAH DELIMA DAN MANGGIS | GABUNGAN MANTAP UNTUK KEKALKAN KESIHATAN

25 Jun 2015

KEBAIKAN BUAH DELIMA DAN MANGGIS | GABUNGAN MANTAP UNTUK KEKALKAN KESIHATAN

Sememangnya tidak dipertikaikan lagi hakikat bahawa antioksidan adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, hari ini terdapat banyak perbincangan di kalangan pakar pemakanan mengenai buah-buahan yang mengandungi antioksidan yang paling kuat, atau yang mengandungi Xanthones yang tinggi.

Forever Pomesteen Power mempunyai semua campuran proprietari jus buah-buahan dan ekstrak buah delima, pir, manggis, raspberry, blackberry, blueberry dan biji anggur.



Nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) merupakan petunjuk bagaimana antioksidan menyekat kerosakan radikal bebas. Nilai ORAC setiap jenis buah-buahan adalah berbeza-beza, walaupun kita menguji buah yang sama pada masa yang berlainan (selepas menuai). Apa yang penting adalah untuk mengetahui bahawa semua kandungan ekstrak buah-buahan dalam Forever Pomesteen Power adalah melengkapi keperluan nilai ORAC seperti yang dinyatakan, terutamanya Delima dan buah Manggis.

Kalau kat kampung dulu-dulu la, Nana ni memang suka panjat pokok manggis. Masa tu tak tahu pon yang manggis ni mengandungi anti oksidan yang tinggi. Buah delima pon macam tu. Cuma tahu buah delima ini sangat bagus untuk tambah darah.

Badan kita memerlukan lebih vitamin untuk kekal kuat dan sihat. Ini kerana kadangkala sistem imunisasi badan menjadi lemah menyebabkan kita senang dijangkiti penyakit. Oleh sebab itu, kita bukan sahaja bergantung kepada diet harian dan senaman, itupon kalau kita rajin bersenam. Hehehe. Badan memerlukan anti oksidan dari sumber tertentu seperti jus atau makanan tambahan.

Antara sifat penting anti oksidan ini adalah menguatkan sistem imun badan dan membantu badan melawan bakteria jahat, radikal bebas, toksin dan virus yang sering menyerang badan kita. Sebab itulah anti oksidan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan.

Forever Living Product telah memperkenalkan Forever Pomesteen Power yang menggabungkan campuran jus anti oksidan dari ekstrak buah-buahan yang telah disebutkan di atas.

Jom kita tengok kelebihan dan kebaikan yang ada dalam setiap buah-buahan yang terdapat dalam Forever Pomesteen Power ini.

1. Manggis - Mengandungi xhanthones yang mana fitonutrien memang diketahui mempunyai aktiviti anti oksidan yang kuat melawan radikal bebas.



Kebaikan buah manggis
  • Anti alahan
  • Anti arthritis (berkaitan tulang)
  • Antibiotik
  • Anti radang
  • Anti oksidan
  • Anti kulat (bakteria)
  • Penggalak tenaga
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Mencegah kanser
  • Melindungi kesihatan hati
  • Mencegah katarak
  • Mencegah penyakit gusi
2. Jus Buah Delima - Mengandungi sifat-sifat anti oksidan yang sangat baik. Kandungan anti oksidan dalam jus buah delima lebih banyak berbanding teh hijau atau wain merah. 
Kebaikan buah delima
  • Kajian menunjukkan jus buah delima mampu mencegah pembentukan sel kanser
  • Mencegah kanser paru-paru
  • Melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat
  • Mencegah penyakit osteoarthritis (tulang)
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Mencegah pembetukan plak dalam arteri
  • Merendahkan paras kolestrol LDL
  • Melindungi badan dari penuaan pramatang
Mengamalkan minum jus buah delima semasa mengandung membantu mengurangkan risiko kecederaan pada plasenta. Sifat anti oksidan yang terdapat dalam jus buah delima ini membantu mencegah dan memulihkan sel plasenta dari radikal bebas.

Selain buah jus manggis dan delima, terdapat juga jus buah-buahan lain seperti blackberry, blueberry, pir, rasberi dan ekstrak biji anggur. Antara lain kelebihan yang ada dalam buah-buahan ini  seperti:-

* Jus Blackberry - Blackberry adalah antara 10 buah-buahan yang mengandungi anti oksidan yang mempunyai kelebihan berikut:-

  • Mengandungi antosianin asik elagik yang melindungi badan dari kanser
  • Mencegah kanser servik dan payudara
  • Melegakan keradangan usus
  • Menguatkan saluran darah
  • Menurunkan paras kolestrol jahat (LDL)
* Jus Blueberi - Mengandungi fitokimia yang merupakan anti oksidan dan anti keradangan yang kuat.
  • Mencegah kerosakan mata akibat kemerosotan fungsi retina
  • Mencegah pembiakan sel-sel kanser usus
  • Menggalakkan kesihatan saluran kencing
  • Melegakan cirit birit dan sembelit
  • Menggalakkan perkembangan neuron (sel yang menghantar impuls saraf)
  • Mengekalkan kesihatan membran sel
  • Melegakan saluran darah (mengurangkan risiko darah tinggi)
* Jus buah pir - Merupakan sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C.
  • Merupakan 'julab' yang terbaik kerana kebanyakan gentian adalah bersifat tidak larut (mengurangkan masalah sembelit)
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Penggalak tenaga semulajadi
  • Menurukan paras kolestrol jahat (LDL)
* Ekstrak biji anggur - Ia mengandungi sebatian yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Kandungan resveratrol pula menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Memperbaiki penglihatan terutama pada waktu malam
  • Berkesa melawan penyakit berkaitan pankreas
  • Melindungi kerosakan pada salur darah
  • Menghalang pengoksidaan kolestrol dan kerosakan kepada sistem kardiovaskular jika anda seorang perokok
* Jus buah rasberi - Merupakan antara sumber anti oksidan kerana kandungan elagik, asid, antosianin dan lain-lain yang sangat pekat.
  • Ia melawan sakit kanser
  • Mengurangkan masalah sakit jantung
  • Berkesan terhadap penurunan mental (ingatan) yang berkaitan usia.
Jadi, tidak hairanlah kandungan dalam Forever Pomesteen Power ni sangat berkesan melawan atau mencegah pelbagai penyakit kerana mempunyai gabungan anti oksidan dari pelbagai jenis buah-buahan terbaik.

Gabungan ini mampu mengekalkan kesihatan badan pada tahap optimum. Kata pepatah, mencegah itu lebih baik. Jadi, dapatkan pomesteen hari ini.



Boleh hubungi Nana pada bila-bila masa di 019-3088178

No comments:

Post a Comment

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign