Ceritera Ibu & Anak: TIPS MUDAH UNTUK TUKAR JADUAL SEKOLAH ANAK | STICKER JADUAL BERWARNA

10 Jan 2017

TIPS MUDAH UNTUK TUKAR JADUAL SEKOLAH ANAK | STICKER JADUAL BERWARNA

Assalamualaikum.

Sesi persekolahan tahun 2017 ni dah masuk minggu kedua. Agak2 parents masih sibuk uruskan sekolah anak2 lagi ke? Kalau yang kalut pon mesti untuk anak2 yang masuk tahun 1 kan? Atau dok kalut balut buku2 sekolah? Kak Nana tak kalut dah sebab awal2 lagi dah siap semua.. Eh...

Kak Nana tahu, ramai yang dah guna kaedah simple ni. Tapi Kak Nana nak share jugak. Ahaks. Sebenarnya dah bertahun Kak Nana dok ushar pasal sticker berwarna ni untuk mudahkan tukar jadual sekolah. Tapi asyik tak jadi nak beli jer sticker buku ni. Tangguh punya tangguh, tahu2 dah cuti sekolah. Hehehe...


Sekali ternampak sorang kawan FB kak nana Felicia Dhiyani post pasal sticker ni. Apa lagi, terus la PM inbox dia tanya details. Harga pon tak mahal. Cuma RM30 untuk 2 set (2 keping kertas saiz A4) ni termasuk pos. OK la kan. Bila sampai kat tangan tengok sticker ni OK la. Kualiti pon bagus sebab tak mudah koyak walaupon kita buka dan tampal balik.

Balik rumah jer terus mintak si kakak keluarkan semua buku sekolah dia termasuk buku sekolah agama. Dia dah pelik dah, dok tanya ibu nak buat apa dengan buku2 dia tu. Mesti dia rasa cuak kan. Saja ibu nak SUPRISE kan dia sebenarnya. Kemudian... taadaaa... ibu keluarkan sticker tu. Menjerit seronok si kakak tengok sticker berwarna yang cantik ni.

Tak sabar betul kan kak nana ni. Terlebih excited pulak. Sebenarnya sticker buku untuk jadual ni sangat2 berguna. Bila dah tampal, memang mudah sangat untuk anak2 tukar jadual sekolah. Bukan apa, takde la anak2 kalut nak tengok jadual lagi kan. Cuma perlu tengok tanda hari tu kat buku jer. Mudah kan?


Tadaaa... siap...

Sebenarnya ade cerita di sebalik semua ni kenapa kak nana dapatkan jugak sticker berwarna warni ni. Bukan sekali, ada la 2-3 kali si kakak hilang jadual sekolah dia. Waktu ni kalut dok contact kawan2 dia tanya pasal jadual sekolah. Kesian pon ada masa tu kat si kakak. Nak nangis pon ada. Ibu pulak blur masa tu tak tahu nak buat apa. Hehehe.

Sekarang ibu tak perlu risau dah. Kalau jadual kakak hilang lagi, takde la nak panik atau menggelabah. Sebab dah tahu dah nak bawak buku apa. Sebenarnya tak rugi pon beli sticker jadual sekolah ni. Kalau jadual bertukar, kita tukar jer la sticker tu. Lagipon sekeping (1 set) tu banyak, memang berlebih2. Boleh simpan lagi.

Ok la, tu saja tips mudah nak share. Kalau rasa berguna, boleh la cuba untuk buku2 sekolah anak masing2. Semoga bermanfaat. 

Ohya, kalau rasa nak sihat tubuh badan, boleh roger2 kak nana atau boleh baca pasal kelebihan aloevera gel ni untuk tahu banyak manfaat dan kebaikan dalam satu botol.

Kak Nana
-coretan si ibu-



21 comments:

  1. Önemli giriş adreslerine buradan ulaşabilirsiniz.
    betturkey giriş
    betpark giriş
    LO0

    ReplyDelete

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign